Rina Harun ‘Berhidung’ Baru?

 

Nakal! Dua tiga hari viral di media sosial berhubung satu hantaran bergambar seolah Rina Harun yang juga mendapat jolokan ‘menteri delivery bakul makanan’ sudah ‘berhidung baru’.

Netizen mula mengusik dengan pelbagai sindiran sinis termasuk usikan nakal mengaitkan dengan ‘keuntungan’ berniaga bakul makanan yang caj penghantarannya lebih mahal dari nilai barangan yang disedekahkan kepada rakyat miskin. Diberitakan sehingga kini, Rina belum menjawab sindiran sinis kasar tersebut.

Ada yang bergurau, ‘Rina dah kurus maka hidungnya juga turut kurus’. Namun apabila diperhatikan, apakah benar itu gambar YB Rina?

Untuk rekod, Rina adalah produk Puteri UMNO dan rezeki beliau membontoti Mahathir dan akhirnya belot untuk menjadi makmum Muhyiddin. Sebagai balasan, Rina dapatlah kekalkan kerusi menteri tersebut.

Bagaimana dengan nasib Rina pada PRU ke 15 nanti?

Gelanggang sebenar untuk ahli parlimen yang lari dari UMNO BN bakal diuji. UMNO dah jelaskan, kesemua kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO BN maka kekal akan UMNO BN pertahankan dan sekiranya perlu bertembung dengan parti PPBM maka UMNO BN akan lawan.

Pejuang sebenar adalah yang ikhlas bukan yang takutkan SPRM!

Rina Harun positif COVID-19, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker