Rusia, Iran meterai perjanjian kerjasama keselamatan siber


Sergey Lavrov (Foto: -/Russian Foreign Ministry/dpa)

27/01/2021 11:54 AM

MOSCOW, 27 Jan — Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan rakan sejawatannya dari Iran, Mohammad Javad Zarif Menandatangani perjanjian kerjasama keselamatan siber, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Kami telah menandatangani perjanjian antara kerajaan mengenai kerjasama dalam memastikan keselamatan maklumat,” kata Lavrov.



“Dokumen ini memberi peluang untuk menyelaraskan kegiatan kita memandangkan isu masalah siber yang semakin penting dan kesan peningkatannya terhadap hubungan antarabangsa, serta situasi di pelbagai negara,” kata Menteri Luar Rusia itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button