“SAYA AKUI BERHUTANG 34 ORANG… TINGGAL 4 MASIH BERHUTANG” – OGY



“Saya memang tak muat naik apa-apa mengenai isu bayaran tertunggak sejak isu ini kecoh. Jika buat bayaran, saya lebih suka membuat secara senyap-senyap. Tak perlu nak hebahkan dalam media sosial, lagi pun, itu bukan cara saya.

“Sejujurnya, saya tak pernah rasa takut, tergugat atau jatuh reputasi hanya kerana luahan dan komen ditulis netizen. Ini kerana saya sudah mengotakan janjikan, sebelum ini. Saya tak pernah lepas tangan.

“Bagi saya, hutang wajib dibayar dan saya berusaha menjelaskannya walaupun belum habis sepenuhnya. Tak perlu nak memperbesarkan kerana tidak membawa sebarang manfaat.

“Mungkin Aloy selesa dengan cara sebegitu iaitu dengan menyerang saya dalam media sosial. Terpulanglah pada mereka nak buat apapun. Saya tetap dengan cara saya, malas bersoal jawab dalam media sosial.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya akui berhutang dengan 34 orang. Daripada jumlah itu, bayaran untuk 30 orang sudah dilangsaikan sepenuhnya. Jadi, hanya tinggal empat sahaja lagi yang saya masih berhutang. Itu pun jumlahnya tidaklah banyak.

“Macam Aloy, saya sudah menjelaskan bayaran sebanyak 80 peratus. Ada baki 20 peratus sahaja lagi. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya bukanlah seorang yang suka nak hebahkan soal bayaran dalam media sosial.

“Cuma, saya ada menyalurkan maklumat mengenai pembayaran kepada peguam untuk direkodkan,” demikinlah kata Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang tidak pernah terfikir lari daripada membayar hutang dan memberitahu terbaca luahan Aloy termasuk komen ditulis netizen yang rata-rata menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar.



Ujar Ogy, dia mengambil pendekatan untuk memaafkan sahaja mereka, biarpun ada yang cuba menjatuhkan reputasinya. Ogy berkata, dia sanggup menggunakan wang hasil lakonan dan pendapatan diperoleh daripada bisnes untuk membayar hutang yang tertunggak.

Image_3.jpg

“Saya berusaha keras dan mencari pembekal untuk memasarkan produk makanan. Apabila dapat duit hasil lakonan, selepas ketepikan untuk menampung perbelanjaan harian, selain anak yang masih bersekolah. Bakinya saya gunakan untuk membayar hutang,” tuturnya.

Mengulas pengajaran yang diperoleh selepas apa yang berlaku, Ogy berpendapat, perlu ada penaja sekiranya mahu melakukan apa-apa persembahan.

“Penajaan sangat penting. Lagi satu ilmu yang dipelajari adalah kena ada pengurus projek yang mantap dan bertanggungjawab. Jika boleh saya tak mahu bekerja dengan mereka yang jenis lepas tangan apabila timbul masalah.



“Dalam hal ini, saya anggap apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT. Namun, saya melihat ujian ini sebagai sesuatu yang positif. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, jiwa kena kental,” ujarnya.

“KALAU SAYA BERHUTANG OR HUTANG WITH ME, SILA TONJOLKAN MUKA ANDA” – ARA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker