UMNO: Siapa Belukang?

Kenapa UMNO sentiasa menjadi pilihan media samada dalam dan luar negara dan samada yang pro atau pun musuh UMNO BN? Jawapannya mudah, UMNO kekal dan masih relevan dan kekalahan pada PRU ke 14 adalah sesuatu yang di luar jangka namun yang jelas, untuk kalahkan UMNO BN, perlu menipu rakyat dengan janji yang seolah-olah boleh masuk akal.

Rakyat tertipu, pengundi baru terpesona dan pengundi atas pagar cuba untuk alih rasa. Akhirnya selama 22 bulan, Mahathir, DAP dan Anwar gagal tunaikan janji yang mereka buat di hadapan pengundi dan rakyat. Minggu pertama jadi kerajaan, Mahathir sendiri dengan bongkak mengatakan manifesto bukan kitab suci. Rakyat ditipu dan dikencing langsung ke muka mereka.

Mujurlah rakyat bernaung hanya 22 bulan. Namun selama masa tersebut, berapa harta milik rakyat dijual dan bertukar tangan. Tanpa rasa berdosa, Mahathir, DAP dan Anwar sedikit pun tidak menyesal berhubung dengan tindaklan mereka terhadap aset milik rakyat. Wan Azizah dan Mat Sabu hanyalah barua di dalam plot ‘drama politik’ negara.

Balasannya, Mahathir tiba-tiba meletak jawatan dan bermulalah wajah-wajah sebenar di areana politik negara. Semua sekali mula tunjuk warna mereka. Baik Muhyiddin, Azmin Ali dan pemimpin UMNO (mungkin tidak semua) yang mendapat jawatan menteri sebagai inti persetujuan tertubuhnya kerajaan yang bersifat pilihan ahli parlimen dan bukannya mendapat mandat rakyat menerusi pilihanraya. Ini fakta jelas dan tidak boleh dinafikan.

Persetujuan asas adalah mudah, baiki negara dan meletakkan negara ke landasan yang betul setelah rosak teruk di zaman 22 bulan di bawah Mahathir, DAP dan Anwar. UMNO BN hanya bersetuju menyokong Muhyiddin menjadi PM sehingga PRU ke 15.

Apa terjadi sebaliknya?

Ada pemimpin UMNO yang merasakan betapa empuknya kerusi menteri dan segala kemudahan mewah yang mereka rasai beberapa bulan ini menyebabkan mereka menjadi belukang. Nafsu membuak untuk terus memegang kuasa dan menggunakan apa sahaja ketika ini untuk terus kekal berkuasa dengan kelompok mereka sahaja.

Tampak jelas sudah tidak peduli lagi ‘siapa itu UMNO BN’. Mereka turut mengheret pegawai-pegawai lantikan politik supaya menjalankan propaganda agar jawatan mereka masing-masing kekal. Modus operandi mereka mudah dibaca kerana mereka lupa, dahulunya mereka hanyalah belacak bilis yang hidup dengan menumpang tuah UMNO BN sahaja.

Sedarlah. Anda bakal putus jari akibat menggigit sendiri!!

Bersambung, siapakah belukang politik yang apabila disiasat SPRM maka terus sakit di hospital bersama ahli keluarganya?

“Buktikan siapa enam ADUN PH akan keluar parti” – Aminuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker