WHO hargai perkongsian data vaksin China

28/01/2021 03:52 PM

BEIJING, 28 Jan — Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan syarikat Sinovac telah menyediakan data berhubung dua jenis vaksin COVID-19 yang dibangunkan untuk dinilai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum disenaraikan bagi kegunaan kecemasan.

Perkara itu telah disahkan WHO, yang turut memberikan penghargaan atas kerjasama kedua-dua syarikat China tersebut.

Pengarah imunisasi, vaksin dan produk biologi WHO, Katherine O’Brien dalam sidang media pada Selasa melahirkan harapan supaya vaksin China tersebut dapat diluluskan dalam penilaian dasar WHO.



Jelas beliau, berlainan dengan penilaian bagi senarai kegunaan kecemasan, kerja penilaian dasar bakal dikendalikan panel pakar strategik imunisasi WHO yang juga akan memberikan cadangan tentang penggunaan vaksin berkenaan.

Keputusan muktamad penilaian kedua-dua vaksin China itu dijangka diumumkan paling awal pada Mac nanti.

Dalam sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perikatan Vaksin dan Imunisasi Global (GAVI), Seth Berkley turut memuji kesungguhan China dalam usaha berkaitan vaksin COVID-19.

Katanya, China antara paling awal menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) yang diterajui WHO.



Sambil menyifatkan perkongsian maklumat vaksin China untuk dinilai WHO sebagai signifikan, beliau juga menyuarakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan China ke arah menjayakan COVAX.

COVID-19: Pulau Pinang lakukan survei penilaian impak industri pelancongan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker