Angka Kekal 5000 Lebih Dua Hari Berturut-turut, Apa Plan Muhyiddin?

Rakyat resah, rakyat juga semakin susah. Resah melihat angka tidak menunjukkan penurunan drastik dan semakin susah terhimpit dan menuju ke arah kemiskinan yang tidak pernah mereka impikan.

Apa penyelesaian Muhyiddin?

Cukupkah dengan tampil di kaca TVsetiap hari membaca angka berapa sakit dan berapa ramai yang sembuh?

Selesaikah masalah kalau hanya mengikut arus tanpa ada tindakan segera. ekonomi perlu diperkasakan dan rakyat perlu ditenangkan. Keduanya perlu berjalan serentak.

Memadaikan dengan hanya berperutusan secara langsung di seluruh platform media dan tiada yang baharu untuk diperjelaskan kepada rakyat?

Fokus bukan membuat atau menambah bilangan hospital untuk pesakit #covid19 namun bagaimana untuk landaikan lekuk graf yang semakin hari menunjukkan angka yang menakutkan?

Vaksin sedang dalam perjalan namun sebagai pemimpin negara nombor satu, alasan tunggu vaksin bukan suatu yang boleh dibanggakan, perlu ada satu keputusan dan halatuju baharu untuk kekang penularan virus gila ini.

Kalau tidak mampu maka letak jawatan dan serahkan balik kepada Istana!

Leave a Reply