BILA LAGU MAWI & AC MIZAL, ‘AL-HAQ’ DIGELAR ‘LAGU KEPALA HOTAK’ OLEH PENDAKWAH

Penyanyi dan pelakon Mawi telah berkongsi satu video di laman Instagram dimana ia memaparkan seorang pendakwah menggelarkan lagu ‘Al-Haq’ nyanyian Mawi dan AC Mizal sebagai ‘Lagu Kepala Hotak’ dalam sebuah tazkirah yang disampaikan.

Pendakwah yang difahamkan seorang ustaz itu mendakwa cara penyampaian AC Mizal yang meminta keampunan dari Allah dalam bentuk ‘rapping’ adalah tidak sesuai dan dianggap biadap.

“Lirik pertama elok, tapi bila part rapping tu ada ke minta ampun dengan Tuhan begitu? Biadap! Tak pernah nabi berdoa begitu,” katanya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak bersetuju dengan pernilaian pendakwah tersebut terhadap lagu berkenaan.

“Siapa dia nak menentukan pengampunan dari Tuhan? Tuhan itu boleh ampunkan hambanya walaupun hambanya tidak memohon sembah maaf kepadaNYA atas kehendakNYA sendiri,” ujar salah seorang pengikut Mawi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Yang penting message nak sampai kepada pencipta tu sampai sedangkan kita berdoa pun dok sibuk aku ak-ak,” komen salah seorang netizen.

“Dia pula ambil kerja Tuhan dok hukum orang sana-sini,” persoal salah seorang warga maya.

Pun begitu, Mawi tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai lagu tersebut sebaliknya dia hanya ‘tagged’ penyanyi serta composer lagu tersebut sahaja.

“#AlHaqYangSatu @sheikhqalam @emyliadac @jeffsamad @johanarrif_asari,” tulis Mawi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *