Catatan Pilu Kisah Anak Maut Di Dera Ibu Dan Bapa Tiri

Kisah Sedih Amir Yang Maut Didera

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/01/VID-20210130-WA0015.mp4[/KGVID]
Menerusi satu akaun facebook dikenali sebagai Aflieza Arshad menceritakan kisah beliau bertemu ibu kepada seorang kanak-kanak yang maut disyaki didera Ibu serta Bapa tirinya.

Imbau – 2017



Aku dalam perjalanan ke ofic, di Rumah Media MITC. Awal pagi itu mataku tertancap pada seorang wanita muda dengan sebelah tangan memangku bayi dalam dukungan, seorang anak kecil dalam usia 2 tahun merangkul erat badan wanita muda itu, dan sebelah tangan lagi memegang handle motor buruk yang begitu nazak kondisinya.

“Jika berlaku apa2, hish, ” hati berbisik.

“Aku pandu kereta, menyusuri wanita tadi. Aku hon dan berhenti. Dia juga berhenti. Aku meluru keluar kereta dan bertanya.

“Adik nak ke mana ni?
Ni bawa anak2 mcm ni bahaya.”



“Saya nak ke bangunan WAY. Ada kursus.

“Kenapa bawa anak naik motor mcm ni. Bahaya,” sekali lagi aku sergah.

“Tak de orang jaga kak. Saya nak join kursus tu. Ni peluang saya untuk belajar dan tambah income. Saya tak kerja kak.



“Nama apa?
“Zura. Zuraida, ” dia jawab

“Tinggalkan motor dekat McD tu, naik kereta akak hantar ke bangunan WAY tu,” aku memberi usul.

Dia park motor di McD MITC. Kemudian aku hantar ke WAY yang jaraknya dalam 5 minit.



“Zura tak de keluarga ke, tolong jagakan anak” tanyaku.

“Adik beradik ramai kak. Duduk pun merata2. Tapi saya malu nak minta tolong dengan family, mereka macam tak suka saya,” jawabnya.

“Kenapa pulak?

“Dulu masa saya belajar di KYM saya ada kenal dengan seorang lelaki ni. Agak tua, jauh beza usia, macam pangkat bapak2. Tapi dah jodoh, kami kahwin. Anak2 suami lagi tua daripada saya. Mereka memang tak suka saya. Keluarga saya pun, ada yang tak suka perkahwinan saya. Kami ada dua anak. Lepas tu kami cerai. Sorang anak, saya bagi orang, keluarga angkat jaga “cerita si Zura.



Aku ralit pandang bayi di pangkuannya, dan dia langsung bersuara.

“Lepas tu saya kahwin lain kak. Suami sekarang muda juga la. Tapi dia pun kewangan sederhana je. Dulu kerja maintenance di MITC hotel, tapi dah berhenti, gaji sikit, ni baru tiga minggu pergi kerja Singapore. Gaji sana tinggi, “ceritanya lagi.

“Dah sampai WAY ni. Pergi dulu kursus tu, dah habis nanti call akak. Akak ambil ” ujarku.



“Eh anak tak kacau ke masa kursus ni. Kalau tak boleh jaga biar akak jagakan. Dah habis nanti akak ambil awak kat sini “

“Tak pe kak, ok ni. Dia tak banyak ragam sebenarnya”.

Lepas hantar dia ke WAY, aku balik ofic siapkan kerja2 yang tertangguh. Tengah hari selepas jam 2 seingatnya, si Zura tu call.

“Akak saya dah habis ni. Akak boleh ambil saya ke?”dia minta kepastian.

“Boleh. Tunggu situ. Nanti akak sampai. Dekat je ni, “beritahuku.

Sampai WAY, si Zura dah tunggu di bawah. Aku terus bukakan pintu kereta, dia dan anak2 masuk.

“Dah makan?
“Belum,” jawabnya pantas. Lapar barangkali.

“Jom kita makan dulu. Nanti baru akak hantar awak ambil motor. Anak2 naik kereta, akak hantar sampai rumah.

Aku terus bawa tiga beranak ni makan di Restoran Bung di Taman Tasik. Berselera sungguh. Sambil makan kami bersembang lagi.

“Kenapa pergi kursus kosmetik tu.

“Saya minat beauty kak. Kalau ada rezeki nak kerja di saloon ke. Tak pun nak buat dropship.”

Panjang lagi dia bercerita kisah hidup. Lebih banyak sedih daripada gembira. Konklusinya, dia tertekan. Sengasara berganda. Depression maha dasyat. Kasihan… muda, cantik, tapi diduga berbagai penderitaan.

Selepas makan aku hantar dia ke McD, ambil motor. Anak2 dalam kereta. Aku mengekori dia dari belakang. Bawaannya sangat perlahan. Perlahan yang merbahaya. Jauh juga. Dari Krubong ke MITC pagi tadi dengan mempertaruhkan dua anak. Kalau apa2 terjadi di tengah jalan. Oh seram.

“Akak terima kasih banyak, tak terbalas jasa dan budi baik akak. Sepanjang jalan dari Krubong ke MITC tu tak de seorang pun yang berhenti nak bantu saya. Tapi Allah hadirkan akak untuk saya pagi ni. Terima kasih kak,” dia mencium tanganku. Terus peluk sambil menangis. Aku turut sebak.

“Tak apa la Zura. Itu yg termampu akak bantu. Akak risaukan anak2 tu. Lain kali jgn buat mcm tu lagi. Jika ada kerja tak de orang nak jaga anak bagi tau. Boleh tinggalkan sekejap di rumah akak. Anak2 akak pun ada boleh tolong layan anak2 Zura. Ok akak nak balik ofic semula ni. Masih byk kerja. Zura take care. Apa2 call akak ye,” balasku sambil memegang tangannya. Air mata bertakung. Entah apa lagi deritanya ketika itu yang tidak terluah.

Sejak itu kami berhubung.
Sesekali dia hantar gambar dan berita.

“Akak, baby dah besar.”
“Akak, ada kerja kosong tak.”
Akak, saya stress.”
Akak, apa nak buat ni.”
Akak, boleh bantu saya.”

Zura!
Kenapa begini?
Kenapa buat Amir macam tu?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button