Enau Dalam Belukar Sedang Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Semua tahu maknanya: Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat.
Bagi yang samar-samar akan maksudnya, ini contoh ayat mudah:
“Contoh ayat: Setelah 8 bulan diberikan amanah untuk menjaga negara, ada segelintir menteri mula mencari jalan untuk mengumpul kekayaan dan kuasa masing-masing untuk diri sendiri dan rakyat sudah tiada lagi di mata mereka”.

Mudah dan jelas bukan?

Rakyat sudah nampak jelas dan bakal menghukum individu yang gila kuasa dan tamak harta melalui kuasa yang dipegangnya. Ahli parti juga bakal menyahkan mereka di waktu pemilihan parti lagi bagi membersihkan parti dari individu yang mulutnya busuk apabila bersuara.

Bagi UMNO BN, sememangnya amat malang, mereka yang diberikan amanah mewakili UMNO BN di dalam kerajaan pilihan ahli parlimen ini nampaknya sudah menunjukkan tanda tidak setia dan tidak sepakat kepada Presiden itu sendiri apalagi kepada parti dan ahli.

Masing-masing dilihat menjaga periuk nasi yang berkerak RM50,000 hingga M80,000 sebulan. Ada yang sinis, mereka menjada kereta kementerian dan pemandu lebih dari mereka menjaga ahli parti dan parti itu sendiri. Betul atau salah?

Apabila Presiden diserang, mereka yang berjawatan menteri sepi dan sembunyi dalam kain laki atau bini masing-masing. Apabila UMNO diserang, mereka yang berpemandu dan berkereta percuma dari duit rakyat tidak kelihatan menjawab, masing-masing mungkin sibuk menjaga poket masing-masing.

Mereka lupa bahawa jawatan yang mereka perolehi datangnya dari cadangan Presiden dan kedudukan mereka di UMNO BN. Kalau ahli biasa, bolehkah mereka menjadi menteri dengan melalui lantikan senator? Lihat sendiri siapa yang berjawatan menteri, siapa mereka di dalam UMNO BN kecuali Annuar Musa, beliau mendapat jawatan menteri kerana ketika itu beliau menjawat jawatan SUA BN.

Menteri UMNO, jangan bongkak dan lupa diri dan jangan jadi enau!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker