Filiipina longgarkan sekatan perjalanan terhadap warga asing bermula 1 Februari

29/01/2021 04:01 PM

MANILA, 29 Jan — Filipina akan melonggarkan larangan kemasukan pelancong dari lebih 30 negara dan wilayah yang telah mengesahkan kes varian COVID-19 yang mudah berjangkit, bermula Februari, lapor Agensi berita Xinhua, memetik jurucakap presiden Harry Roque pada Jumaat.

Larangan kemasukan pelancong asing dari 36 negara dan wilayah, termasuk Britain, China dan Amerika Syarikat, berakhir pada 31 Januari.

“Sekatan itu kekal sehingga 31 Januari 2021, dan akan berakhir selepas tarikh tersebut,” kata Roque dalam satu kenyataan .



Bagaimanapun, menurut kerajaan warga asing yang dilarang masuk ke Filipina di bawah arahan sebelum ini, termasuk mereka yang memiliki visa pelancong, masih tertakluk kepada larangan itu.

Roque mengulangi pelancong yang dibenarkan masuk masih perlu menjalani kuarantin 14 hari.

Pada hari sama, Roque mengumumkan Presiden Rodrigo Duterte melanjutkan kuarantin masyarakat umum di Manila hingga akhir Februari bertujuan membendung penyebaran COVID-19.

Selain Manila, Roque berkata beberapa wilayah di seluruh negara turut dikenakan sekatan yang sama.



Banyak wilayah di bahagian lain di negara ini di bawah sekatan yang lebih longgar, tambahnya.

Filipina telah melaksanakan pelbagai tahap sekatan pergerakan sejak pertengahan Mac tahun lalu. Negara itu mencatatkan 519,575 jangkitan COVID-19, termasuk 10,552 kematian.

Filipina sasar mulakan program vaksin pada Februari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker