Hubungan dagang China, Rusia terus kukuh

29/01/2021 03:56 PM

BEIJING, 29 Jan — Jumlah perdagangan antara China dan Rusia mencecah USD107.77 bilion (RM436.85 bilion) pada 2020, melepasi paras USD100 bilion (RM405.36 bilion) selama tiga tahun berturut-turut.

Dalam sidang media pada Khamis, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata aktiviti perdagangan kedua-dua negara kekal mantap biarpun di tengah pandemik COVID-19.

“Kerjasama dua hala saling melengkapi dengan trend yang positif dalam jangka panjang tidak akan berubah,” ujarnya.

Untuk rekod, China telah menjadi rakan dagang terbesar Rusia selama 11 tahun berturut-turut.

Perdagangan antara kedua-dua negara dilihat pulih beransur-ansur sejak separuh kedua tahun lalu, dengan eksport China ke Rusia merekodkan pertumbuhan positif selama enam bulan berturut-turut.

Kini, telefon pintar jenama China antara paling laris dalam pasaran Rusia.

Menurut Gao, barangan import Rusia seperti minyak, gas, bijih besi, hasil pertanian dan produk daging juga menunjukkan peningkatan ketara.

Pada 2020, hasil pertanian diperdagangkan kedua-dua negara memperbaharui rekod dengan jumlah sebanyak USD5.55 bilion (RM22.42 bilion), sekali gus menjadikan China pasaran eksport terbesar bagi produk Rusia.

Pada masa sama, pelbagai projek mega bersifat strategik berjalan lancar termasuk laluan timur saluran paip gas asli China-Rusia dan projek kimia gas asli Amur.

Kemajuan besar juga dicapai dalam kerjasama membabitkan 5G, perkhidmatan awan dan pengangkutan pintar.

Tahun ini, China menyasarkan jumlah dagangan dengan Rusia melonjak kepada USD200 bilion (RM810 bilion), selain terus memperkukuh sinergi dalam usaha memerangi COVID-19.

AS perlu rasional jalin dagang dengan China

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker