JUMPA LIPAS DALAM BEKAS SUP – NADIYAH SHAHAB RASA NGERI, KESAL

“Menjumpai lipas di bahagian bawah mangkuk sup saya. Apa sebenarnya F?!?!. Ini adalah restoran besar di Malaysia dan saya merasa ngeri! Saya tidak akan menyebut nama mereka tetapi arghh saya rasa seperti nak muntah,” demikian tulis pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab.

Nadiyah, 30, menerusi Insta Stories telah meluahkan rasa marah dan kesal apabila menjumpai seekor lipas di dalam sebuah bekas makanan yang dibeli dari sebuah restoran.

Menurut Nadiyah, melihat kehadiran serangga itu dalam supnya membuatkan dia berasa ngeri. Susulan kejadian malang itu, pelakon drama ‘Hikyat Cinta Si Pematah Hati’ itu terpaksa berulang kali ke tandas.

“Kepada mereka yang bertanya adakah saya mengalami keracunan makanan dari sup semalam… Inilah saya sekarang. Atas katil. Berdoa agar pil ini berfungsi,” katanya lagi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkongsian itu juga telah menarik peminat untuk berkongsi situasi yang sama malah ada yang lebih menggelikan.

“Saya pernah rasa. Saya dah habis minum air. Buka penutup konon nak makan bubble, saya nampak empat hingga lima lipas kecil dalam tu.

“Dulu saya pernah makan nasi tengah hari dan tetiba jumpa cicak dalam sayur kangkung. Saya ingatkan itu adalah ikan bilis rupanya anak cicak!

“OMG pernah kena juga macam ni. Anak saya umur tiga tahun masa tu makan donut yang popular tu. Tiba-tiba keluarkan balik donut tu dan buat muka pelik. Batuk-batuk. Separuh badan anak cicak dah hancur sebab dah masuk mulut anak,” antara respon yang diterima.

Leave a Reply