Perbezaan Besar PAS Bersama PN dan PAS Bersama UMNO

Hari ini umat Islam di Malaysia khususnya Melayu telah terbahagi enam, Pas, Umno. PAN, PPBM, Pejuang  dan PKR. Selain itu juga menghadapi banyak masalah dan cabaran khususnya tentang agenda fahaman liberalisme yang kini semakin berleluasa di Malaysia melalui proses globalisasi.

Perpaduan ummah ini sebagai isu penting sebab ia masalah survival umat Islam di Malaysia. Ia ada hubungkait dengan masalah kita untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini dalam percaturan politik negeri atau luar negeri.

Kita menghadapi cabaran yang banyak untuk menegakkan agama Islam di tempat yang lebih baik atau untuk membela maruah dan kehormatan umat Islam, untuk itu kita mesti mempunyai satu kekuatan.

Hari ini kekuatan itu rapuh dan tak wujud, oleh itu kita tidak boleh menyaingi atau tawar menawar bargain power kita lemah. Bila tawar menawar lemah, kita tidak boleh mengenengahkan atau mempertahankan apa yang kita mahu.



Sedangkan cita-cita, matlamat dan agenda  Melayu mestilah berkehendakkan matlamat, kedudukan dan meletakkan agama Islam itu di tempat yang tinggi serta memikirkan permasalahan dalam rakyat itu sendiri.

Bagaimana mahu menegakkan semua itu kalau umat Islam tidak bersatu dalam satu agenda. Dalam hal ini kita melihat persoalan ini lebih kepada isu semasa. Ia merupakan rentetan peristiwa atau timbunan pengalaman yang panjang akibat penjajahan, sejarah dan sebagainya hingga orang Melayu hilang identiti dan jati diri.

Bila hilang semua ini, mereka sukar untuk mencari titik pertemuan. Mereka tidak boleh bersatu dan bersama dalam perkara-perkara yang dipersepakati bersama. Kegagalan ini  memudahkan banyak pihak mengambil kesempatan untuk merobohkannya.

Permasalahan  yang amat nyata ialah apabila masalah perbezaan pendekatan politik di antara nasionalis dan Islamis. Ia dijadikan konflik atau konfrontasi di antara kita. Ini yang sedang berlaku sekarang dimana pertelingkahan pandangan dan pendapat terus dijadikan perdebatan politik.



Konfrontasi pandangan dan pendapat ini dalam memperjuangkan agenda bangsa kerana di Malaysia ini umat Islam dan orang Melayu adalah sama. Jadi kalau pemimpin yang ada sekarang  itu ikhlas dengan niatnya tentulah ianya akan memperjuangkan benda yang sama, perjuangkan agama dia dan memperjuangkan nasib bangsa dia. Begitu juga dengan pejuang Islamik seperti PAS akan lebih ikhlas dengan bangsa dan masa depan bangsa dia. Jadi konfrontasi perlu ditamatkan.

PAS MAIN POLITIK ‘PENING’?

Jadi tidak akan timbul soal UMNO harus bersama PN sedangkan pada masa yang sama Muafakat Nasional itu diwujudkan oleh PAS dan  UMNO atas kesedaran kepentingan untuk membetulkan kerakusan politik yang dilakukan oleh  PPBM yang kini telah bertukar wakah menjadi PN dengan sokongan PAS dan UMNO.

Seharusnya PPBM, jika benar ikhlas mahukan kewujudan  penyatuan ini harus memerima Muafakat Nasional sebagai wadah tunggal politik. Namun ianya tidak berlaku, sebaliknya PPBM atau PN  mendesak agar UMNO dihapuskan dan akhirnya bersama PN.

Ini adalah masalah politikal kepartian di mana parti masing-masing ingin mengejar dan mempertahankan kuasa. Pertikaian ini sudah terlalu lama hingga kita lupa untuk melihat isu rakyat keseluruhan. Sepatutnya kalau kedua-dua parti melihat isu rakyat keseluruhan, banyak perbezaan di antara kedua-dua itu boleh diatasi dengan menetapkan maltmat penubuhan Muafakat Nasional dan bukan  melihat kepentingan politik Perikatan Nasional.

Sekarang kita sudah dapat melihat apabila PAS mengenepikan UMNO dan  menyokong setiap gerak langkah PN yang banyak sumbangnya. Sehingga terdapatnya suara dari PAS agar menyuruh UMNO bersama PN.

Apakah mereka lupa bahawa PAS dan UMNO mempunyai piagam kesefahaman yang awal dari PN? Disni rakyat dapat menilai bagaimana kesungguhan sesuatu permuafakatan tanpa jawatan dan mempunyai jawatan.

Apabila kita elihat politik dalam kacamata kepentingan rakyat keseluruhan bukan dalam konteks percaturan politik, nescaya banyak perkara yang akan dapat diuruskan dengan baik. Bukan itu sahaja sesuatu permuafakatan yang kuat akan menjurus kepada kemenangan bagi pihak rakyat dan juga kepartian atau kesatuan.

Namun perkara yang amat penting sekali ialah adakah parti yang menang itu akan membawa kebaikan kepada keseluruhan rakyat dan tidak mungkin juga akan menyebabkan maruah tergadai, negara dan agama dan ketenteraman rakyat juga akan tergadai. Contohnya seperti negara Iraq, menang sorak kampung tergadai.

Sekarang rakyat melihat, kehadiran PAS didalam PN tidak memberikan impak yang besar terhadap permasalahan rakyat, Rakyat terus terbiar dan terpinggir berbanding apabila bersama UMNO walaupun bukan kerajaan. Perkara ini dapat dilihat ketika musibah banjir berlaku, Mungkin jika ketika ini UMNO dan PAS bersama tanpa adanya PPBM sudah pasti satau pemandangan yang mamat mengembirakan akan dapat dilihat oleh rakyat.,

Gerak kerja UMNO dan PAS semasa dalam Muafakat Nasional dilihat lebih meyerlah lagi dalam  gerak kerja bersama membela rakyat. Dimana ada UMNO disitu ada PAS untuk  membantu. Tetapi ianya tidak berlaku didalam PN. PAS dan PN membiarkan sahaja rakyat dalam kesusahan. Sebelum hadirnya PPBM atau PN, rakyat melihat  apabila berlaku musibah pasti PAS dan UMNO berganding bahu membantu. Sekarang?

Justeru itu, pada pandangan penulis PAS perlu banyak berubah tetapi tuntutan perubahan itu besar dan mungkin sukar dilakukan oleh PAS sendiri antaranya berkaitan dengan isu Melayu. PAS perlu mengambil isu Melayu kerana kalau kita mahu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu Islam, PAS seharusnya bersama UMNO dan bukan PN.

Didalam PN setiap perkara yang dilakukan itu adalah sesuatu perbuatan dalam keterpaksaan bermakna mereka  terpaksa meningkatkan ekonomi orang Melayu walaupun bukan sebahagian dari agenda mereka. Bagi PN setiap perkara yang merugikan mereka tidak akan dilakukan kecuali menguntungkan mereka dan bukan menguntungkan rakyat.

Justeru itu  PAS perlu melihat isu ini kerana ia perlu membuat perubahan tetapi sejauh mana PAS boleh buat perubahan dengan melihat perbezaan dikala bersama UMNO didalam Muafakat Nasional dan dikala bersama Perikatan Nasional dalam isu membela nasib rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker