“AKHIRNYA BOLEH PELUK…” – AERIL ZAFREL BERSYUKUR KINI BEBAS COVID-19
“Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin.. Akhirnya boleh peluk diaorang macam biasa. Biarlah gambar diaorang tak ready ke apa.
“Yang penting gambar aku on point,” demikianlah tulis pelakon Aeril Zafrel yang meluahkan rasa syukur apabila dia kini telah bebas daripada virus COVID-19 setelah menjalani proses kuarantin kendiri di rumah.
Aeril berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto pertamanya pulang di pangkuan isterinya, pelakon Wawa Zainal dan tiga cahaya mata mereka.
Melihat pada foto yang dikongsikan, Aeril dan Wawa mengenakan pakaian sedondon hijau gelap di samping tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya, 2 tahun serta seekor kucing peliharaan.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa gembira mereka apabila pelakon drama bersiri ‘Tercipta Satu Ikatan’ itu kini telah kembali sihat.
“Alhamdulillah syukur. Dah handsome, setia pulak tu,” puji seorang wargamaya. – “Alhamdulillah semoga boss dan family sentiasa dilindungi,” komen seorang wargamaya. – “Alhamdulillah lelaki paling setia seasia kembali sembuh,” usik seorang wargamaya.
“Jaga diri dan keluarga ya. Kurangkan lawat orang luar ke apa ke. Scary nowadays, kes pun dah 5k,” pesan seorang wargamaya. – “Steady! King of TikTok dah kembali,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 200,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada 21 Januari yang lalu, Aeril disahkan positif COVID-19 selepas menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik. Manakala isteri Aeril dan tiga anaknya disahkan negatif.
“SAYA MINTA MAAF, SAYA NAK PELUK BIDADARI SAYA” – USTAZ EBIT LEW HENTI HANTAR BANTUAN