Annuar harap Anwar Selamatkan Malaysia

Orang Melayu kata:”Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”, “Terlajak kata padah akibatnya”

Itulah Annuar Musa, bekas SUA BN yang dipecat oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN dari jawatan Setiausaha Agung BN baru-baru ini. Entah di mana ‘suwey’ beliau, hampir setiap masa di dalam satu hari beliau dihentam oleh netizen, rakyat biasa dan juga ahli UMNO yang berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan kepada parti.

– Merasakan kedudukan orang Melayu dan agama Islam kian diancam selepas PRU ke-14, Tan Sri Annuar Musa berkata hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memulihkan keadaan itu.

“Negara lebih memerlukan beliau kini. Islam, Melayu, Raja-raja Melayu dan bahasa (Melayu) banyak dikompromikan. – petikan dari berita portal Malaysiakini (13 Aug 2018, 9:06 am) yang tiba-tiba hangat pada hari ini.
Kenyataan beliau begitu kontradik dari apa yang beliau katakan selepas PRU ke 14berbanding dengan kenyataan setelah menjadi Menteri di bawah Muhyiddin Yassin. Perlu diingat Menteri lantikan Muhyiddin bukan bermakna datangnya dari kerajaan yang menjadi pilihan rakyat tetapi adalah kerajaan pilihan atau persetujuan sejumlah ahli parlimen sehingga PRU ke 15 demi kestabilan politik dan ekonomi negara – ekonomi hancur, politik tidak stabil dari hari ke hari sehinggalah darurat.

Apakah niat di hati Annuar ketika melambung Anwar Ibrahim ketika itu? Adakah beliau melihat Anwar bakal jadi PM menggantikan Mahathir ekoran perjanjian antara keduanya? Persis seekor belukang, tamak dankemaruk sangatkah Annuar dengan jawatan di dalam kerajaan?

Naratif politik Annuar mudah dibaca, yang boleh memberi keuntungan peribadi kepadanya, beliau akan menyokong bagaikan menjulang ke langit individu tersebut dan paling ketara, Annuar mudah beralih arah – apa lagi yang lebih teruk dari politik katak?

Dari menyokong Anwar Ibrahim secara terbuka kepada mencipta slogan “No DAP No Anwar”. Satu pejabat diangkut untuk sama-sama menyokong slogan tersebut hinggakan aksi mendedahkan kononnya surat sokongan Zahid dan Najib terhadap Anwar. Manusia jenis apa kalau tidak tercapai apa yang digilainya maka semua perkara akan didedahkannya.

Kini Muhyiddin sedang memikul biawak. Bangkai atau hidup, ianya tetap biawak!

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/438594

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker