BAD INDIGO JATUH CINTA PANDANG PERTAMA DENGAN ASHIRA DI GV7 – BAKAL NIKAH MAC DEPAN

Jatuh cinta pandang pertama… demikianlah halnya dengan ahli kumpulan Indigo, Bad yang sudah lebih 10 tahun menduda itu mengakui terbuka hati untuk berkahwin dengan penyanyi Ashira selepas kedua-duanya terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Menurut Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ombak Resah’ itu sekitar Oktober tahun lalu.

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya. Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.

“Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut hati padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat orang di sekelilingnya,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Enggan menunggu lama, Bad juga berkata dia sudah bersedia untuk memperisterikan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36 selewat-lewatnya pada Mac ini.

“Saya dah berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa Ashira pada bulan Disember lalu untuk membincangkan mengenai pernikahan kami. Kalau boleh saya nak segerakan hal yang wajib dahulu, dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, kami tangguhkan dahulu untuk majlis resepsi.

“Kami dah pun hantar borang permohonan nikah secara online dan sekarang tunggu jawapan daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sekiranya terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti,” ujarnya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penerimaan anaknya, Bad berkata, kedua-dua anaknya menerima baik kehadiran Ashira.

Image_3.jpg

“Alhamdulillah, kedua-dua anak saya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Ashira, begitu juga saya dengan anaknya,” jelasnya.

Untuk makluman, Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11 tahun.

Manakala Ashira merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.

Nama Ashira sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia berkongsi cerita pernah dihalau kerana gagal membayar sewa rumah disebabkan tiada pendapatan. Hal itu berlaku sehari selepas dia mengetahui dirinya layak menyertai program GV7, tahun lalu.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply