COVID: Satu kematian dilaporkan di Sarawak

30/01/2021 08:40 PM

KUCHING, 30 Jan — Satu lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkankan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus berbahaya itu di negeri ini meningkat kepada 37 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Pada masa yang sama, sebanyak 191 kes positif COVID-19 turut dikesan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 4,315 kes.

Menurut JPBN, kematian ke-37 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 41 tahun dari Daerah Song.

“Kes telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit setelah dirujuk secara kecemasan dari klinik kesihatan pada 23 Jan kerana mengalami sesak nafas dan saringan ujian saringan COVID-19 yang diambil semasa kes berada di Hospital Kapit adalah positif COVID-19.

Keadaan kesihatan kes merosot secara mendadak dan disahkan meninggal dunia pada 23 Jan. Kes merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ko-morbid penyakit darah tinggi, asma dan obesiti,” menurut JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan penamatan Kluster Mador di Daerah Meradong di Bahagian Sarikei hari ini setelah tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

Sehingga kini terdapat 10 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Tabong, Bau; Kluster Indah Riang, Kuching; Kluster Bedayan, Serian; Kluster Rakut, Miri; Kluster Bukit Sekubong, Sebauh; Kluster Jelita, Miri; Kluster Pasai, Sibu; Kluster Keranji Tabuan, Kuching; Kluster Bah Sayap, Miri dan Kluster Stutong, Kuching.

COVID 19- SELANGOR CATAT 8 KLUSTER AKTIF

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker