“ITU TIDAK BENAR” – ROY MINTA ABAIKAN BERITA DIRINYA MENINGGAL & MASUK ICU

Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi Roy yang sebelum ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 tahap empat dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Roy atau nama sebenarnya Muhammad Rauzan Alwi, 57, menerusi laman Facebook semalam telah meminta orang ramai mengabaikan berita palsu mengenai dirinya sudah meninggal dunia dan dimasukkan ke wad Unit Rawatan rapi (ICU).

“Salam sahabat semua. Tolong ABAIKAN berita berkenaan saya dah meninggal dunia dan masuk ICU, itu adalah tidak benar. Terima kasih,” tulisnya.



Bagaimanapun, kata Roy, dia memang mengalami kesukaran bernafas dan berada dalam keadaan kritikal pada Rabu lalu dan telah dimasukkan ke wad kecemasan, bukan ICU.

Dalam pada itu, penyanyi ‘Ratnaku’ ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Salam sahabat semua. Alhamdulillah hari ini saya sihat sedikit. Semalam saya dalam sedikit kritikal, tak boleh bernafas. Bukan dimasukkan ke ICU tapi di wad kecemasan.

“Itulah sahaja update yang boleh saya kongsi dengan para sahabat. Buat masa ni saya masih bertahan. Terima kasih saya ucapkan di atas segala doa yang diberikan kepada saya oleh sahabat semua dan juga sumbangan.

“Saya mohon semua sahabat terus berdoa untuk saya. Moga Allah memberkati doa para sahabat. Aamiin YRA. Salam dan ucapan jutaan terima kasih saya kepada semua sahabat-sahabat saya yang mulia,” katanya.

Terdahulu, Roy dimasukkan ke Hospital Banting akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19.



POSITIF COVID-19 – ROY MASIH ALAMI SESAK NAFAS, KINI DIRAWAT DI ICU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button