Mahathir Punca Segalanya

“Orang zalim seperti Dr Mahathir tidak akan mendapat rahmat Allah! “Orang yang zalim seperti Mahathir dilaknat Allah. Allah tidak beri rahmat kepada orang sepertinya. Jangan doa rahmat untuk orang jahat!” Al-Marhum Ustaz Fadzil.

Selama 22 tahun beliau mencorakkan negara ini dengan caranya, begitu juga dengan Najib dengan caranya, akan tetapi mengapa semuanya tidak kena  pada mata Mahathir. Dia tidak pernah  sayangkan UMNO, malah ianya hanya menggunakan UMNO sebagai punca kekayaannya setelah merempat dijalanan sebelum dikutip oleh ayahanda DS Najib Razak iaitu Allahyarhan Tun Haji Abdul Razak.

Seperti kacang lupakan kulit Mahathir  seakan dirasuk hantu puaka terus meyerang Najib Razak dalam kepelbagaian cara termasuk memfitnahnya, bersekongkol dengan bangsa asing melakukan konspirasi jahat hanya untuk mencapai hyasratnya untuk berkuasa selamanya.  Politik wang dan fitnah adalah mainannya. Sehingga ada pemimpin UMNO yang bersekongkol untuk menguburkan UMNO.

Sekarang UMNO sedang bergelumang dengan ancaman luar dan dalam, ancaman dari orang UMNO sendiri dan  seharusnya ahli UMNO meminggirkan  kelompok kecil yang memecahkan saf saf kekuatan Melayu.

Melayu UMNO dalam persidangan Agong nanti sudah pastinya memikirkan hala tuju  dan perjuangan UMNO untuk orang Melayu bukan untuk memuaskan hati  beberapa pihak. UMNO perlu ingat bahawa cabaran akan datang amat  mencabar dengan asakan asakan dari dalam dan luar negara untuk menguburkan UMNO  yang didominasikan oleh orang Melayu.

UMNO sedang berhadapan dengan segala macam proksi yang ditaja disamping menghadapi fitnah dan persepsi  yang mana memungkinkan pengorbanan dari pemimpin untuk bersama sama akar unbi menangani semuanya.

Ahli UMNO harus sedar dan bijak memikirkan apa yang sedang berlaku sekarang adalah  bukan setakat perjuangan diatas kertas dan dewan sahaja. Pemimpin atasan kini  kena mengubah dan mengorak langkah yang bijak  bersama sama menangani  isu  yang memungkinkan UMNO terkubur jika tidak dijawab sepenuhnya.

Sekarang terdapatnya kumpulan  sedang mengorak langkah atas nama demokrasi dan kepentingan diri serta  mempergunakan ahli UMNO yang lain bagi mendapatkan sokongan mereka. Terpulang la kepada  mereka jika mereka merasakan perjuangan untuk invidu itu lebih penting, maka teruskanlah.

Tetapi kita percaya diantara 3 juta ahli UMNO sudah pastinya  amat sayangkan UMNO dan  mempertahankan UMNO itu adalah satu perjuangan yang mana menentukan legasi Melayu berkuasa dan membela bangsa Melayu dimasa akan datang.

Kita tidak perlukan satu badan yang menentukan siapakah perdana menteri  yang layak dan tidak layak. Semua ini adalah corak  barat dan menolak sistem demokrasi secara halus. Setiap perdana menteri ada cara yang berbeza  memerintah negara dengan teras dan landasan yang betul.

Sememangnya bila saorang perdana menteri itu telah melihat keborokan masa silam, sudah pastinya dia akan cuba membetulkan  setiap perkara yang  dahulunya membebankan rakyat. Kini itulah yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.

Sedikit demi sedikit ruang kosong untuk rakyat diisi dengan  perkongsian  bersama kerajaan. Secara jelas cara ini terpaksa melukakan hati proksi proksi yang dahulu menikmati  faedah dari kerajaan   puluhan tahun.

Apabila nikmat ini ditarik , maka secara langsungnya semua kebaikan akan menjadi keburukan. Sekarang kita sedang berhadapan dengan proksi proksi yang bertaraf  “terlampau kaya”  yang sedang cuba memusnahkan UMNO dari luar dan dalam bersama  sama kerajaan Perikatan Nasional yang mana dahulunya sebahagian dari kumpulan Mahathir..

Ahli UMNO semua perlu menolak kumpulan ini, Ahli UMNO perlu bertegas bahawa UMNO bukan untuk sebilangan pemimpin tetapi ianya adalah hak hak orang Melayu semua . Persidangan Agong UMNO pada kali ini adalah penentu segalanya bagi UMNO. Menentukan siapakah UMNO yang sebenarnya, Apa kemampuan UMNO dalam politik serpihan bersama PN.

Daripada 3 juta ahli UMNO dan juga perwakilan, kita akan melihat berapa banyak daripadanya yang ingin melihat UMNO tersungkur  dan sebaliknya. Pisau dan mentimun ditangan anda semua. Jika jawatan lebih penting anda hancurkan lah UMNO, Jika perjuangan lebih penting anda tahu apa yang seharusnya anda lakukan.

UMNO itu lebih penting dari  Mahathir, Terkuburnya UMNO bermakna terkuburnya perjuangan orang Melayu yang mempertahankan hak hak orang Melayu dan kepentingannya. Tetapi terkuburnya Mahathir hanya  jasadnya saorang. Adalah lebih baik Mahathir yang terkubur.

Jadi Ahli UMNO harus berfikir secara rasional dalam melakukan pemilihan, jangan hanya difikirkan jasa saorang tokoh , setiap pemimpin sudah pasti melakukan jasa kepada negara dan juga rakyatnya, itu adalah tanggungjawabnya akan tetapi fikirkan apa akan berlaku jika UMNO terus berkubur.

Sejarah hitam 1987 telah dicipta oleh Mahathir dengan  PEMILIHAN pucuk pimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan pertandingan sengit bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, membawa perpecahan besar kepada parti dan seterusnya pengharaman UMNO pada 1988.

Pihak yang tewas dalam pemilihan tersebut bukan setakat keluar parti dan menubuhkan parti serpihan, malah mengheret UMNO ke mahkamah semata-mata demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan implikasinya kepada parti dan nasib bangsa Melayu.

Kini Sejarah hitam tersebut berulang kermbali dengan agenda yang dibuat oleh Mahathir juga.  Sekarang semua orang telah mengetahuinya, jika  kehendak  Mahathir tidak dipenuhi maka  beliau sanggup menghancurkan apa yang ada dihadapan mata.

Soal untuk menjadi penentu siapakah  perdana menteri bukan lagi  kuasa Mahathir, akan tetapi  ianya ditentukan oleh rakyat dan juga ahli UMNO.  Mahathir dilihat menolak demokrasi yang telah terbina  hanya kerana kehendak peribadi Tun tidak dipenuhi. Sehingga sebuah negara hancur lebur dengan hati hitam dan sifat tamaknya.

Kehancuran perpaduan bangsa melayu bukan kerana orang lain tetapi ianya dilakukan oleh Mahathir Bin Mohamad seorang yang beraja dimata bersultan dihati demi untuk berkuasa selamanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker