Hummels ‘diamkan’ Haaland

DORTMUND, Jerman: Jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic memuji pertahanan, Mats Hummels kerana dapat mengunci bekas rakan sepasukan, Erling Haaland selepas kelab Jerman itu seri 0-0 berdepan Manchester City seterusnya layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Dortmund menempah tiket ke pusingan kalah mati dengan mata berharga dan penalti babak kedua Riyad Mahrez diselamatkan Gregor Kobel.

“Mats Hummels menakjubkan,” kata Terzic selepas pertahanan tengah itu beberapa kali berjaya mengekang Haaland.



Haaland dikeluarkan selepas babak pertama dengan jurulatih Pep Guardiola berkata ia disebabkan ‘pelanggaran’.

Sepakan penalti diselamatkan Kobel menjadi sesuatu yang penting dalam babak kedua ketika Dortmund layak dan City menjuarai Kumpulan G.

“Kami bertahan dengan konsisten dan bagus hingga penamat,” kata Terzic.

“Kami hanya membenarkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol, kami bertuah Gregor Kobel bertugas untuk menyekat penalti itu.



“Ia persembahan berpasukan yang sangat bagus. Ia berlaku dalam semua lima perlawanan Liga Juara-Juara, jadi kami berhak layak ke pusingan kalah mati.”

Walaupun beraksi cemerlang, Kobel tidak menyedari Dortmund sudah layak ke kelompok 16 terakhir buat kali ketujuh dalam sembilan tahun ketika ditanya wartawan dia menjawab: “Adakah awak pasti kami sudah layak?”

Juara Liga Perdana, City kini berkelebihan tiga mata di depan Dortmund dalam Kumpulan G.

Ketika City sudah layak ke kelompok 16 terakhir, Guardiola menggilirkan kesebelasan utamanya dengan Kevin De Bruyne, Bernardo Silva, Jack Grealish dan penjaga gol, Ederson antara direhatkan dan memberikan bekas penjaga gol Arminia Bielefeld, Stefan Ortega penampilan pertama.



Guardiola berkata, Haaland yang bermain kali pertama di depan pertahanan Dortmund sejak berpindah ke City pada musim panas, mengalami sedikit kecederaan pada penghujung aksi babak pertama dan perlu dikeluarkan.

“Erling mengalami sedikit pelanggaran, tapi dia berlari normal sekali lagi lagi (selepas perlawanan). Kami akan lihat bagaimana situasinya,” kata Guardiola.

Kemenangan 3-0 Sevilla mengatasi FC Copenhagen dalam perlawanan awal menyebabkan Dortmund hanya perlu seri untuk layak.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading