Selamba Pijak Anak Orang, Bapa Leka Main Telefon

Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak yang selamba memijak muka kanak-kanak lain ketika bermain air di Taman Tasik Titiwangsa.

Ibu mangsa menerusi satu perkongsian di Facebook meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapa kanak-kanak itu yang dipercayai hanya lepas tangan dan tak memantau aktiviti anak di situ.

Muka anak kena pijak

Menurut wanita tersebut, suaminya telah membawa ketiga-tiga anak mereka bermain air sementara dirinya bertugas di PWTC. Ketika suaminya sedang merakam anak-anaknya, datang seorang budak perempuan bertindak memijak muka salah seorang anak lelakinya.

Suami aku terus tarik tangan budak tu dan marah sebab buat macam tu. Bila cariΒ parentsΒ dia, suami aku kata hanya nampak bapa dia (budak perempuan) itu leka main telefon, mak budak itu tak ada.

Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa geram dan kecewa terutama sekali buat ibu bapa budak perempuan tersebut kerana leka dalam menjaga anak.



Ya Allah, nasib adik tu tak jadi apa-apa. Tolong ibu bapa di luar sana pastikan korang sentiasa awasi tingkah laku anak-anak.

 

Kredit:Β Facebook

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker