Sebuah PPS dibuka di Simunjan

30/01/2021 10:19 PM

KUCHING, 30 Jan — Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) kembali dibuka di bahagian Samarahan 7 malam ini, susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan PPS dibuka di Dewan Masyarakat Lubok Buntin di Simunjan kira-kira 90 kilometer dari sini menempatkan 26 mangsa yang terjejas setelah rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut.

JPBN turut memaklumkan buat masa ini status aras sungai dan curahan hujan telah melepasi aras amaran di tiga kawasan melibatkan bahagian Kuching, Samarahan dan Bintulu.

“Penduduk berhampiran kawasan Satok B, Sungai Sarawak Basin di bahagian Kuching dinasihatkan berwaspada kerana paras sungai sudah melepasi 2.53 meter (m) dan trend air menaik.

“Selain itu, bagi penduduk di sekitar Asa Jaya Water Intake, Samarahan Basin, bahagian Samarahan, juga dinasihatkan agar berjaga-jaga kerana trend air menaik dan sudah melepasi paras 3.31m,” menurut kenyataan itu.

JPBN turut menasihatkan agar penduduk berhampiran Rumah Abua, Tatau Basin di bahagian Bintulu sentiasa berwaspada kerana paras sungai sudah melepasi 10.70m dengan trend air semakin menaik.

Anggota polis antara yang dikompaun langgar PKPB

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker