Ujian saringan COVID-19 besar-besaran di Sibu Jaya esok

30/01/2021 08:22 PM

SIBU, 30 Jan — Berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di Bandar Sibu Jaya di sini, satu sesi ujian saringan secara besar-besaran bagi penduduk bandar tersebut akan diadakan di Klinik Kesihatan Sibu Jaya, esok (Ahad).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata sesi ujian berkenaan bermula 9 pagi hingga 2 petang dan penduduk yang akan hadir dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti menjaga penjarakan fizikal.

Beliau berkata sesi berkenaan dijalankan hingga 2 petang kerana spesimen yang diambil perlu dihantar segera ke makmal di Kuala Lumpur, Kuching dan juga di Sibu, manakala keputusan akan diketahui dalam tempoh 36 hingga 48 jam.

“Saya minta orang ramai di Sibu Jaya hadir membuat ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sibu Jaya esok, jangan tunggu ada gejala baru mahu buat ujian.

“Saya juga ingin mengingatkan mereka yang menjalani ujian saringan (sebelum ini) jangan ingat mereka telah selamat. Kalau ada simptom seperti sesak nafas, batuk atau demam, segera ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Leave a Reply