KPDN serbu pasar raya sorok minyak masak peket

Oleh – Syeikh Baran


KPDN serbu pasar raya sorok minyak masak peket
Sebahagian minyak masak peket yang dirampas KPDN dari sebuah pasar raya di Sungai Lalang, Sungai Petani semalam.

Tindakan sebuah pasar raya di Sungai Lalang, di sini menyembunyikan minyak masak peket mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan pukul 11.30 pagi itu dilakukan susulan laporan orang awam mendakwa pihak pasar raya enggan menjual bahan keperluan itu dengan alasan kehabisan stok.



“Kita menggerakkan operasi pemantauan dengan menghantar anggota KPDN berpakaian preman untuk melakukan uji beli di premis tersebut dan mendapati tiada minyak masak peket dipamer di rak jualan.

“Semasa penyamaran itu, anggota kita dimaklumkan oleh seorang pekerja premis berkenaan bahawa bekalan minyak masak peket telah habis,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pasukan serbuan kemudian memasuki premis berkenaan dan hasil penggeledahan menemui 30 peket minyak masak peket disembunyikan di dalam stor.

“Pihak kita kemudian menyita kesemua minyak masak peket bernilai RM75 itu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.



Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b).  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading