BILA UYAINA TERJATUH KETIKA ‘LIVE’ WHI: “UNDUR SATU KAKI… TERKELUAR PLATFORM & TERPELEOT”
“Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhuhuhu,” demikianlah tulis pelakon dan hos, Uyaina Arshad yang memuat naik video dimana dirinya secara tiba-tiba tergelincir dan hampir terjatuh ketika bersiaran secara langsung di program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, baru-baru ini.
Melihat video pendek yang dimuat naik di laman Instagram, Uyaina bagaimanapun bijak mengawal keadaan sehingga tamat segmen yang dibawa secara langsung. Dek kerana kejadian itu, nama Uyaina menjadi perhatian penonton.
Menerusi ruangan kapsyen, Uyaina seolah menbayangkan apa sahaja perkara sama ada baik atau sebaliknya berkemungkinan boleh berlaku ketika bersiaran secara langsung.
Meninjau ke bahagian komen, rakan artis dan peminat turut memberikan reaksi dan memuji caranya dalam mengawal hal yang tidak sepatutnya berlaku secara ‘live’ dengan baik.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, menerusi ruangan yng sama, Uyaina turut ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku dan ini perjelasannya.
“Untuk sponsor segment, kitaorang berdiri atas platfrom. Tadi Yana g undur satu kaki kebelakang. Tu yang terkeluar platform tu dan terpeleot,” jelasnya secara ringkas.
Malah Uyaina turut menyatakan rasa lega kerana dia tidak melatah: “Nasib baik tak melatah bukan-bukan je tadi,” katanya pada komen yang ditinggalkan rakan aritis, Syifa Melvin.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat lebih 120,000 tontonan serta hampir 500 komen yang ditinggalkan.
HUBUNGAN DENGAN RAJA SYAHIRAN – IBU UYAINA ARSHAD BERI LAMPU HIJAU