Ebit Lew Islamkan ‘Gipsi Laut’ Sabah

Syahadahkan 127 ‘Gipsi Laut’ Sabah, Ebit Lew Menangis Kesyukuran

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/20210201_1.mp4[/KGVID]

Ustaz Ebit Lew yang terkenal sebagai pendakwah bebas mengalirkan airmata kegembiraan dalam misi membantu rakyat di Sabah. Tidak hanya tertumpu kepada orang Islam, Ebit turut membantu yang bukan Islam.

Namun begitu, kejayaan beliau yang paling manis ialah kejayaannya mengIslamkan seramai 127 orang ketika menghantar bantuan. Menerusi catatan di facebook rasmi, Ebit berkongsi keharuannya.

Catatan Ebit Lew –



Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.

Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.



Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.

Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna.

Sememangnya Ebit Lew seorang insan istimewa di Malaysia. Bantuan yang sering beliau hulurkan telah banyak memberi kelegaan buat rakyat yang terkesan dengan pandemik covid19 dan banjir yang melanda. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dapat membantu lebih ramai lagi.

Ebit Lew dapat kebenaran polis bergerak ketika PKP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker