Kejohanan Eropah ujian skuad renang kebangsaan sebelum Sukan SEA 2021


Mae Chen

31/01/2021 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Persekutuan Renang Malaysia (Malaysia Swimming) merancang untuk menghantar skuad perenang kebangsaan mengambil bahagian pada Kejohanan Renang Eropah 2021, yang dijadualkan berlangsung dari 17-23 Mei di Budapest, Hungary.

Setiausaha Agungnya Mae Chen berkata, kejohanan tersebut merupakan antara persediaan skuad kebangsaan sebelum mengambil bahagian di Sukan SEA Vietnam 2021, tahun ini.



Beliau mendedahkan yang skuad kebangsaan masih meneruskan latihan mereka seperti biasa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil secara dalam kuarantin, selepas menjalani ujian swab di Majlis Sukan Negara baru-baru ini.

“Kami merancang untuk menganjurkan Kejohanan Renang Jemputan Mengikut Umur Malaysia (MIAG) dan Terbuka Malaysia, selain menghantar perenang kita ke Kejohanan Eropah pada Mei,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

“Bagaimanapun, melihat kepada situasi COVID-19 semasa, kami tidak pasti sama ada kejohanan-kejohanan ini akan diteruskan, dan sama ada kita akan dibenarkan untuk menghantar perenang kita ke kejohanan Eropah itu,” katanya.

Sebelum ini, skuad kebangsaan sepatutnya mengambil bahagian dalam Kejohanan Renang Hari Sukan Negara dari 9-11 Okt 2020, namun Persekutuan Renang Malaysia mengambil keputusan untuk membatalkan kejohanan tersebut, disebabkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.



Isteri MB Selangor Nafi Lori tangki air yang dihantar untuk mengisi kolam renang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker