Nana Bukti Kasih Sayang Sampai Mati

Kasih Sayang Bawa Ke Mati

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210201-WA0020.mp4[/KGVID]

Kasih sayang antara manusia selalu diibaratkan dengan ungkapan “sayang sampai mati”. Bagaimanapun ada juga manusia yang hilang kewarasan bila menyebut hal kasih sayang.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kisah kematian seorang kanak-kanak dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri di Melaka. Kedua suspek masih dalam tahanan untuk siasatan.

Lain pula kisah di Kelantan. Seekor kucing bernama ‘Nana’ menunjukkan erti kasih sayang yang tiada sempadan.

‘Nana’ seekor kucing berwarna oren begitu setia dan kasih kepada tuannya. Tidak pernah gagal menziarahi pusara tuannya selama 2 tahun.

Menurut Hazlyn Nordin yang menaikmuat video mengenai Nana berkata, kucing itu akan berziarah dan berbaringan di sisi kubur ayahnya. Nana pernah jatuh sakit selepas pemergian ayah Hazlyn dan hilang berat badan selama 2 bulan. Bagaimanapun masuk bulan ke-3, Nana sudah pulih dan sejak itu setiap hari akan menziarahi kubur tuannya.

Unik sekali pertalian antara Nana dan tuannya membuktikan haiwan juga ada perasaan kasih sayang. Tidak dapat digambarkan bagaimana tergamak manusia yang sanggup membunuh zuriat mereka dan hidup tanpa kasih sayang.

Leave a Reply