PECAH RAHSIA – RITA AKUI BEKAS SUAMI DATANG RUMAH & TIDUR DENGAN ANAK-ANAK SEMINGGU
Pelakon Rita Rudaini, 45, dan bekas suaminya, Aidil Zafuan, 34, sehingga masih belum menemui titik noktah berhubung kemelut yang melanda antara mereka berdua.
Terkini, Rita dilihat telah mendedahkan satu rahsia dimana Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.
Difahamkan, kejadian tersebut terjadi sebelum Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal. Malah, Rita berkata yang dia turut memasak untuk Aidil dn anak-anak makan bersama.
Tegas Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.
“Siap masak bagi ayah dan anak-anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di laman Instagram (IG).
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mami Jarum’ ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar. Dalam masa sama, dia turut memohon agar tidak lagi mengganggu kehidupannya bersama anak-anak.
“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar. Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.
“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya. Bahagia lah dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga menyebabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri. Tidak hanya mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.
RITA RUDAINI: “JANGAN DICUIT SARANG TEBUAN! TANGGUNGJAWAB BUKAN SEKADAR DUIT…”