AL-FATIHAH – BALU AHMAD MAHMUD KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pada jam 7 45 pagi semalam, balu kepada seniman legenda, Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud iaitu Datin Khatijah Mohamed telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, akibat sakit tua.

Berkongsi berita duka itu dikongsikan cucu Allahyarham Khatijah, Alita Aris, di Facebook (FB). Dalam entri tersebut, Alita berkata neneknya yang berusia 95 tahun, meninggal dunia di sisi keluarga.

“Sejak arwah datuk meninggal dunia pada 2008, keadaan kesihatan nenek semakin merosot. Arwah terlantar di katil sejak kira-kira dua tahun lalu. Kalau hendak bergerak ke mana-mana, nenek perlu dipapah.

“Bagaimanapun, ketika itu, arwah masih boleh berbual dengan anggota keluarga lain. Cuma daya ingatannya sedikit terjejas. Keadaan kesihatan arwah semakin merosot sejak Jumaat lalu dan mula mendiamkan diri. Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah dengan ditemani anak-anak,” katanya.

Alita turut memaklumkan jenazah arwah nenek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebelum Zohor. Allahyarham meninggalkan tiga anak, sembilan cucu dan 11 cicit.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker