Demi kuasa- Malaysia dihancurkan oleh Mahathir dan Muhyiddin

Apa yang perlu dibanggakan lagi mengenai Malaysia sejaka kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Sejak kejatuhan pelbagai spekulasi dan perspsi dimainkan oleh pemimpin yang tidak mempunyai semangat cintakan Negara apabila mereka  berkuasa.

Mahathir bersama kuncunya DAP telah menjahanamkan Negara ini secara toal dan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku keatas rakyat sekarang. Sebelum ini mereka hebat membuat fitnah tentang situasi Negara ini hanya kerana dendam mereka terhadap Dato Sri Najib Razak.

Serangan virus corona terhadap Negara ini telah memburukkan lagi keadaan, rakyat semakin tertindas dan terdesak untuk meneruskan kehidupan. Pemerintah dikalangan pemimpin PPBm langsung tidak mempedulikan rakyat. Mereka hanya sibuk berpolitik  sepanjang masa.



Hancur negara yang telah dibina sekian lama selepas merdeka apabila di tadbir urus oleh mereka yang hanya pandai berpolitik sepanjang masa tanpa mempedulikan pengurusan negara.

Belum ada dalam sejarah moden Malaysia apabila terdapatnya rakyat mengeledah tong sampah untuk mendapatkan makanan, Tiada dalam sejarah Malaysia moden rakyat terpaksa bejuang untuk hidup tanpa bantauan dan  makanan.

Semuanya ini berlaku apabila anak muda dan rakyat memilih pemimpin sebuah kerajaan yang salah. Memilih lubang buaya untuk memakan  kembali rakyat. Sekarang rakyat Ma;laysia sedang menerima hukuman dari tindakan mereka.



Rakyat sanggup ditipu dan menafikan nikmat Allah berikan kepada Mereka. Ketika itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng saban hari asyik  menipu rakyat tentang kebenaran ekonomi negara yang kini semakin meruncing.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar diramalkan 4.2% pada suku terakhir 2019, paling perlahan sejak suku ke-2 2016, menurut tinjauan ahli ekonomi oleh Reuters.

Namun Guan Eng tetap menipu rakyat menyatakan pertumbuhan KDNK 4.8%. Semua ini dilakukan untuk memudahkan mereka merompak dan mencuri asset Negara dalam  bentuk ulasan negative walaupun pada dasarnya berlaku sebaliknya.

Itu berlaku ketika Mahathir menerajui tampok kepimpinan Negara yang mana langsung tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Pengaliran asset Negara kepada Negara asing terus berlaku dengan penjualan asset strategic yang dijual pada krooni mereka pada kebanyakannya berada di Singapura.



Kesinambungan penjualan ini dilakukan semula oleh Muhyiddin serta menteri ekonomi mereka bagi mengaut keuntungan. Desakan dari rakyat tidak pernah dipedulikan oleh mereka.

Ini adalah bukti kegagalan kerajaan PN: Dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin Yassin mentadbir Malaysia, kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019.

Kedudukan yang merosot ini antaranya disumbangkan oleh pembebasan atau pelepasan kes-kes mahkamah yang meragukan dalam beberapa kes berprofil tinggi bagi kes rasuah seperti kes Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Kedaulatan undang-undang dalam rukun Negara sudah dianggap hanya barisan ayat hanya untuk dibaca dan bukan untuk dipraktikkan. Hal ini terbukti apabila banyak perbicaraan bagi kes pemimpin UMNO yang tidak mengemukakan saksi utama.



Sebagai contohnya kes 1MDB yang mana  kerajaan PN atau PPBM sedang melindungi saksi penipuan dalam kes tersebut. Bukan itu sahaja sistem kehakiman sudah dianggap sebagai sampah. Ini diperlihatkan bagaimana kes Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan telah digugurkan dengan mudahnya.

Muhyiddin gagal dalam semua aspek dan gagalnya dia sebagai seorang Perdana Menteri. Dalam usaha menangani Covid 19, Muhyiddin hanya mengharapkkan data data sahaja dan tiada plan tindakan drastic  malah ada diantara cadangan  mereka ialah mengurangkan tempok kuarantin.

Muhyiddin Yassin telah gagal menangani wabak Covid-19. Angka-angka berikut menceritakannya. Pada hari Jumaat 29 Januari 2021, sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000.



Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733. Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19.

Sebenarnya kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang tiada pemimpin utama untuk menetapkan hala tuju Negara. Menteri yang dilantik hanya pada nama sahaja , namun tiada apa pun dilakukan untuk rakyat kecuali pemimpin lantikan dari UMNO BN.

Muhyiddin Perdana Menteri Paling Gagal Secara Total



Sebagai contohnya, kebanyakan menteri dan timbalan menteri kini goyang kaki dengan gaji puluhan ribu dibayar kepada setiap seorang oleh rakyat setiap bulan hinggalah darurat berakhir. malah sebelum inipun tidak kelihatan apa kerja mereka.

Sebagai contohnya lagi, duta khas ke Timur Tengah, Haji Hadi Awang dan duta khas ke China Tiong King Sing tidak pernah ada sebarang laporan media tentang apa yang mereka lakukan. Sedangkan jawatan mereka dibayar oleh pembayar cukai dari rakyat.

Setelah darurat diumumkan, satu persatu gergasi korporat meninggalkan malaysia. Contohnya hyundai memindahkan ibupejabat asia pasifiknya dari malaysia ke indonesia. Malah hyundai memilih indonesia untuk melaburkan rm 6.25 bilion untuk kilang baru.

Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelabur. Muhyiddin telah meranapkan ekonomi malaysia demi mahu kekal menjadi perdana menteri. Ini belum lagi cerita moral pemimpin mereka, terdapat kes pengedaran  ganja, kes dadah, menanam ganja  dan kes moral luar tabie.

Secara keseluruhannya, jika rakyat atau pemimpin UMNO tidak menaraik sokongan terhadap Muhyiddin, maka terimalah kehancuran sebuah negara dan  redhakan hati apabila melihat rakyat bukan seperti rakyat dizaman Dato sri Najib Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button