“KO TAK LAKU NYANYI, KO JUAL NASI ARAB PULAK’ – MILA TERSENTUH, TAMPIL BALAS

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu entri dimana dia ada menerima kata berbaur sindiran daripada seorang individu berhubung karier seninya kini.

Dalam tangkap layar dimuat naik, individu berkenaan menempelaknya dengan mengatakan Mila berniaga Nasi Arab selepas kerjaya nyanyiannya tidak menjadi: “Ko tak laku nyanyi, ko jual nasi arab pulak,” tulis individu tersebut.

Dek kerana komen berkenaan, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin telah meluahkan rasanya. Jelas Mila, dia tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian kerana beri fokus terhadap perniagaan yang diusahakan.

“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni. Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA? Apa salah saya jual NASI ARAB??? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.



“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam masa sama, juara Akademi Fantasia kelima ini juga turut menambah, apa yang berlaku juga adalah atas izin Allah.

“Awak yang menulis. Saya MALAS nak mention nama awak disini. Saya MEMANG DAH LAMAAAAAA tak menyanyi. Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.



“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA. Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI.

“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan moral.

Image_3.jpg

“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN. Perancangan ALLAH maha hebat. Ada sebab musabab ianya berlaku,” ujarnya lagi.

Meskipun menerima kata sindiran sedemikian, penyanyi lagu ‘Aku Lebih Tahu’ itu tetap memaafkan tindakan individu berkenaan.

“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak. Saya cuma FIKIR, apa tujuan awak DM macam tu. Saya MAAFKAN awak. Mungkin awak NAIF. Hampir setahun Allah uji kami insan insan yang berniaga, tapi kami tak akan pernah putus harap. Sebab kami yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT…,” jelas Mila optimis.

Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi peminat malah ada yang meminta Mila untuk terus kuat semangat dan bersabar.

SEDIH KENANG PEMBEDAHAN – MILA BERSYUKUR SUAMI KINI MAKIN PULIH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker