MV AYDA JEBAT ‘PARAH PARAH’ – USTAZAH ASMA’ HARUN TAMPIL TEGUR

“Saya mendapat satu pertanyaan tentang seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di laman rasmi dia. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya. Sungguh saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak video klip seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya… belum pernah saya melihat video klip yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

“Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan video klip yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!.

“Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman serta kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur fitnah akhir zaman. Kalian bangga menjadi top 10 YouTube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Top 10 YouTube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau maksiat? Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok apabila hari tua jika ingin taubat, boleh la dipadam. Hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi?

“Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan Islam atau tidak. Saya juga tak pasti sama ada penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat.

Image_3.jpg

“Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan. Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai syurgaNya,” demikian kata pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang memuat naik kenyataan menegur muzik video Ayda Jebat berjudul ‘Parah Parah’ yang disifatkan agak keterlaluan.

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit penyanyi dan pelakon itut. Jika sebelum ini, video mesranya bersama suaminya, pengacara Nabil Mahir dikritik netizen, kali ini satu lagi isu timbul. Sudah sebulan muzik video lagu ‘Parah Parah’ disiarkan di laman YouTube, bagaimanapun, muzik video berkenaan kembali menjadi bualan hangat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ meluahkan rasa terkilan dengan sikap penyanyi tersebut seakan bangga melakukan maksiat secara terbuka serta menjatuhkan maruah wanita Islam. Diakhir perkongsian itu, Ustazah Asma’ turut memohon maaf seandainya tegurannya itu mengguris hati mana-mana pihak kerana tujuannya adalah untuk menegur mana yang tidak elok untuk dipertontonkan.

Image_4.jpg

MV LAGU BARU ‘PARAH’ – NETIZEN TEGUR BUSANA AYDA JEBAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker