PMI pembuatan China catat 51.3 peratus pada Januari

01/02/2021 02:04 PM

BEIJING, 1 Feb — Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan China bagi Januari direkodkan pada paras 51.3 peratus, iaitu 0.6 mata peratus lebih rendah berbanding Disember 2020, menunjukkan peningkatan perlahan sektor pembuatan negara ini.

Perkara itu diumumkan pusat tinjauan industri perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS) bersama Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada Ahad.

Menurut pengumuman tersebut, PMI syarikat berskala besar menyaksikan penurunan 0.6 peratus kepada 52.1 peratus manakala syarikat berskala sederhana pula susut 1.3 peratus kepada 51.4 peratus.

Sementatra itu, PMI syarikat berskala kecil pula meningkat 0.6 peratus kepada 49.4 peratus.

PMI indeks pengeluaran dan pesanan baharu dilihat lebih tinggi daripada titik genting, manakala indeks stor bahan mentah, pengambilan pekerja dan masa penghantaran pembekal lebih rendah berbanding titik genting.

Leave a Reply