41 orang ditahan di pusat hiburan beroperasi secara haram


ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (Gambar fail)

02/02/2021 11:22 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Seramai 41 orang ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Kota Damansara, dekat sini, malam tadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam serbuan jam 11.10 malam itu, seramai 21 lelaki warga tempatan yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu sedang berhibur dan mereka dikompaun RM1,000 seorang kerana kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata 20 orang lagi yang ditahan adalah pekerja premis itu, terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 warga asing.

Kesemua mereka (pekerja premis) ditahan polis, katanya dalam kenyataan di sini.

Nik Ezanee berkata ujian awal saringan air kencing pula mendapati tiga wanita dan dua lelaki warga asing serta seorang lelaki tempatan positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pusat hiburan itu mula beroperasi sejak tujuh hari lalu, bermula 7 malam hingga lewat pagi, dan pelanggan yang ingin hadir perlu membuat tempahan terlebih dahulu serta dikehendaki hadir sebelum 9 malam.



Pusat hiburan itu juga menetapkan supaya pelanggan tidak dibenarkan keluar dari premis sehingga lewat pagi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, katanya.

— BERNAMA

568 ditahan, 131 daripadanya kerana berkunjung ke pusat hiburan – Ismail Sabri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker