Darurat COVID-19 Jepun dilanjutkan hingga 3 Mac


Yoshihide Suga

02/02/2021 07:13 PM

TOKYO, 2 Feb — Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Selasa berkata darurat akan dilanjutkan di Tokyo dan beberapa wilayah lain selama sebulan hingga 7 Mac, memandangkan hospital masih berhadapan tekanan walaupun jumlah kes COVID-19 menurun.

Darurat akan kekal di 10 wilayah termasuk Osaka, Aichi dan Fukuoka. Tochigi satu-satunya wilayah yang akan darurat ditamatkan pada 7 Februari berikutan situasai bertambah baik, lapor Agensi Berita Kyodo.



Suga membuat pengumuman tersebut di parlimen setelah panel pakar bersetuju dengan pelanjutan itu.

“Jumlah jangkitan baharu di seluruh negara menunjukkan penurunan, tetapi kita perlu meneruskannya dan mengurangkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital atau dalam keadaan serius,” katanya.

Walaupun langkah-langkah pencegahan lebih ringan berbanding darurat sebelum ini, ketika sekolah dan beberapa perniagaan ditutup sementara di seluruh negara, sekurang-kurangnya ia berjaya menurunkan jumlah jangkitan.

Tokyo melaporkan 393 kes COVID-19 pada Isnin, angka terendah dalam tempoh lebih sebulan dan turun daripada jumlah tertinggi 2,447, semasa darurat diisytiharkan pada 7 Januari.



Pada Selasa, Tokyo melaporkan 556 kes baharu COVID-19

— BERNAMA

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker