GARA-GARA ALERGIK – MATA & BIBIR RAMONA MEMBENGKAK
“Tolong! Siapa yang biasa alami alergik terhadap makanan, tolong kongsikan pengalaman anda dengan saya.
“Sebenarnya, dah dua hari saya perasaan macam ada bintik bintat (seperti digigit nyamuk).
“Hari ini (Selasa), saya bangun tidur tengok mata saya dah senget sebelah serta bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya telah buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu.
“Peta dunia penuh satu badan, bayangkan kena gigit nyamuk tapi bintik-bintik besar ada di seluruh badan. Tapi kat muka jadi bengkak macam dalam gambar ni, macam kena tumbuk,” ujar Ramona Zam Zam dipetik sebagai berkata mengenai alahannya.
Bagaimanapun, difahamkan dia telahpun pergi ke klinik kulit dan telah mendapatkan suntikan, ubat dan dibekalkan dengan ubat losyen untuk sapu daripada doktor pakar kulit.
BILA KAKI RAMONA CALAR KENA BATU KARANG: “HA PADAN MUKA PAKAI LAGI SEKSI-SEKSI”