INI PERJELASAN FARAH LEE BILA DIKECAM ANAK TAK BERTUDUNG

“Banyak kali aku dikecam, katanya anak umur Maream patut dah diajar untuk pakai tudung. Perlu didik dari kecil kata mereka, “kalau anak taknak, kena paksa”.

“Aku pula, pegang pada prinsip sedikit beda. Mengajar islam pada kanak2 ada turutannya, ikut Baginda;

1. Emosi
2. Kepercayaan
3. Akidah
4. Ibadah



“Cuma ramai kita, melompat terus ke empat; mengajar syariat tanpa anak itu faham asasnya, tanpa mengerti apa maksudnya, masih bingung kenapa dibuatnya.

“Buat kerana tidak faham, buat kerana paksaan, buat kerana ikutan — ia dibuat tapi biasanya tidak kekal. Mujahadah.? Haha. Konsep itu untuk kita, terlalu awal sama sekali untuk mereka.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Maream, budak enam tahun yang masih belum bertudung itu, pantang melihat aku jengah sekejap ke balkoni tanpa tudung pasti dijeritnya, “Ommaaaa.. tudunggg”.

“Kadang aku pakai tudung berbaju lengan pendek (sebelum kenakan cardigan), datanglah budak ini sambil “Omma, I still can see your aurat (sambil tujukan pada lengan aku)”.

“Bila aku sekadar pakai tudung sarung tanpa anak tudung, pasti matanya fokus kepada anak rambut aku, “Omma, I can see your hair, I think you need your inner”.

“Jika aku keluar tanpa bertudung di hadapan lelaki mahram, dia akan terkejut lalu datang dan berbisik “Omma, kenapa tak pakai tudung.? Boleh ke kita tak pakai tudung depan uncle kita.?”



“Waktu kawan perempuan datang ke rumah, “Why aren’t you wearing your socks.?” Begitulah, my ‘aurat’-guard 😅

Image_3.jpg

“Sekarang, ya budak enam tahun ini masih tidak bertudung, tapi perlahan-lahan semakin segan mengenakan baju tanpa lengan ataupun seluar singkat – tanpa pernah disuruh apatah dipaksa.

Selamat Hari Hijab Sedunia. Moga kita semua faham erti aurat dan hijab itu apa 🤍 [6years5months] #mareamesabel #ommaream #ommabebel #FLparenting #worldhijabday,” demikianlah perjelasan selebriti media sosial, Farah Lee.



Farah Lee yang menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu mengakui sering kali dikecam kerana gara-gara anaknya yang baru berusia enam tahun tidak lagi bertudung.

Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, dia mempunyai prinsip dan cara tersendiri untuk memberi didikan kepada anaknya.

Pun begitu, menurut Farah, anaknya itu sudah menunjukkan sedikit kefahaman terhadap aurat wanita apabila sering menegur pakaiannya. Tambah ibu tunggalitu lagi, meskipun anakny belum mengenakan tudung tapi kini perlahan-lahan sudah cuba untuk berpakaian lebih sopan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button