Olimpik Musim Sejuk 2022: Beijing perhebat kerjasama dengan pelbagai negara

02/02/2021 05:57 PM

BEIJING, 2 Feb — Mesyuarat Ketua Kontinjen Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bermula pada Ahad secara telesidang.

Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Cai Qi menegaskan kerajaan China amat menitikberatkan persiapan temasya sukan berkenaan.

Beliau berkata, Presiden China, Xi Jinping turut meluangkan masa meninjau ke tiga kawasan pertandingan selain mendengar laporan gerak kerja.

Di samping itu Presiden Xi mengemukakan cadangan pelan penyelenggaraan yang “sederhana, selamat dan menarik”.

Presiden China itu baru-baru ini turut menghubungi Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menerusi panggilan telefon bagi menyokong penuh sukan Olimpik tersebut.

Cai menambah, semua gelanggang dan gimnasium kini telah siap dibina, sementara urusan organisasi dan jaminan perkhidmatan berjalan lancar.

Menjelang setahun sebelum perasmian temasya sukan itu, Beijing berikrar akan memperhebat kerjasama dengan kontinjen pelbagai negara.

Ia termasuk mengatur dasar pencegahan COVID-19 dan pelan penyelenggaraan, serta memberi keutamaan kepada atlet dengan menawarkan persekitaran pertandingan yang lebih baik bagi memastikan kejayaan sukan Olimpik tersebut.

Sementara itu, Bach berkata, IOC yakin terhadap kemampuan China menganjurkan kejohanan berkenaan berikutan prestasi baik negara ini dalam usaha memerangi wabak.

Impian buru emas sulung Sukan Olimpik ‘ditunda’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker