Vaksin COVID-19 buatan China tiba di Pakistan

02/02/2021 03:58 PM

BEIJING, 2 Feb — Vaksin COVID-19 yang dihasilkan China selamat tiba di Islamabad, Pakistan pada 1 pagi Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam satu sidang media pada Ahad berkata, ia merupakan bantuan vaksin kumpulan pertama yang disumbangkan China kepada negara lain.

Menurut Wang, selain Pakistan, China juga menyediakan bantuan vaksin kepada 13 lagi negara membangun termasuk Brunei, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Jelas beliau, untuk langkah seterusnya, China akan menyediakan bantuan sama kepada 38 negara membangun lain.

Sementara itu, China juga secara aktif menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) yang diterajui WHO dan menyediakan vaksin kepada negara-negara membangun melalui platform ini.

Wang berkata, China menyokong syarikat-syarikat domestik untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran vaksin bersama dengan rakan usaha sama negara lain.

Katanya, vaksin yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech Ltd telah dieksport ke negara yang sedang menjalankan ujian klinikal termasuk Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Indonesia, Turki, Brazil dan Chile .

Dalam perkembangan lain, China turut menyokong syarikat-syarikat domestik untuk segera mengeksport vaksin ke negara yang memerlukan dengan syarat ia telah mengiktiraf vaksin buatan China dan memberi permit penggunaan kecemasan.

Banyak negara guna vaksin COVID-19 buatan China

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker