Pesta Thai Lotus’s bawa lebih 300 produk buatan Thailand

Pesta Thai Lotus’s bawa lebih 300 produk buatan Thailand

Pesta Thai Lotus's bawa lebih 300 produk buatan Thailand
Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP), Warowan Wanwil menerima cenderahati disampaikan Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah (kanan) sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, Saksit Pannrach (kiri). – FOTO NSTP

Petaling Jaya: Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) julung kali menganjurkan Pesta Thai Lotus’s sekali gus memperkenalkan lebih 300 barangan tulen baru dari Thailand ke semua cawangannya.

Presidennya, Kenneth Chuah berkata, Pesta Thai Lotus’s adalah anjuran sepenuhnya oleh Lotus’s Malaysia yang bukan saja menampilkan makanan asli Thailand, malah termasuk acara khas hiburan tradisional dan moden dari negara itu.

Katanya, sejak tiga tahun lalu pihaknya menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk dari Thailand, justeru Lotus’s Malaysia menjalin kerjasama dengan pembekal yang mempunyai kapasiti kilang bersesuaian serta mempunyai sijil halal bagi membawa masuk produk yang pelbagai.



“Setakat ini terdapat antara 50 ke 60 produk sedia dimakan dan keseluruhan lebih 300 produk buatan Thailand ini termasuk bahan memasak, produk bakeri, makanan segera, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri dan pelbagai jenis lagi dijual di Lotus’s Malaysia.

“Sempena Pesta Thai Lotus’s yang berlangsung dari 6 hingga 15 Oktober ini, kami menawarkan harga promosi sehingga 25 peratus bagi produk Thailand yang dijual di semua cawangan Lotus’s Malaysia seluruh negara,” katanya kepada media di majlis pelancaran Pesta Thai Lotus’s di sini, baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?


Hadir sama, Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP) Thailand, Worawan Wanwil.

Sebanyak 50 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai pilihan hidangan makanan serta minuman halal dan bukan halal di Pesta Thai Lotus’s di Mutiara Damansara.



Selain itu, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan hiburan tradisional dan moden Thailand yang mengujakan.

Lebih menarik Pesta Thai Lotus’s membawa penampilan khas bintang pop terkenal Thailand, Da Endorphine pada 15 Oktober bermula 8 hingga 9.30 malam di cawangan Lotus’s Mutiara Damansara dan bakal memberikan rakyat Malaysia pengalaman budaya pop Thailand.

Sementara itu, Chuah berkata pihaknya merancang untuk menjadikan Pesta Thai Lotus’s sebagai acara tahunan kumpulan dan jika mendapat sambutan ia akan diadakan setiap enam bulan sekali.

Beliau berkata, sebagai perniagaan Thailand yang mengkhususkan diri dalam peruncitan makanan, Lotus’s sentiasa ingin membawa citarasa Thailand ke dalam cawangannya seterusnya ke dalam rumah setiap rakyat Malaysia.

Pesta Thai Lotus’s bawa lebih 300 produk buatan Thailand

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker