Peruntukan 5 Parlimen Umno Setaraf Pembangkang

5 Parlimen Umno Terima Peruntukan Setaraf Pembangkang

Pendedahan mengejutkan daripada Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila menyatakan peruntukan parlimen Umno hanya RM100,000.00 setahun.

Antara parlimen Umno yang diberikan peruntukan setaraf pembangkang ialah Bagan Datuk, Pekan, Pontian, Machang dan Padang Rengas.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/Hasnan-Hasnie_20210204_1-1.mp4[/KGVID]

Zahid menyatakan demikian dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi talian maya, manakala bagi ahli parlimen Umno yang lain mendapat peruntukan tahunan sebanyak RM3.7 juta setahun.

Satu bentuk diskriminasi dan pasti menimbulkan persoalan berbaloikah Umno menyokong Perikatan Nasional jika Presiden Umno sendiri diberikan peruntukan tahunan parlimen seperti pembangkang?

 

Mungkin ini satu ‘hukuman’ kepada Presiden Umno walau menyokong Perikatan Nasional ketika Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan Umno?

Krisis seperti ini membuka mata banyak pihak, adakah kerajaan sengaja berbuat demikian agar rakyat di parlimen terbabit turut menerima ‘hukuman’? Ini sangat tidak adil kepada ahli parlimen yang dinafikan peruntukan parlimen sedangkan mereka ibarat ‘memberi susu namun di balas tuba’.

Apakah ahli parlimen Umno yang lain sekadar memandang sahaja bila Presiden parti diperlakukan demikian? Apa guna jadi ahli parti kalau membiarkan Presiden diletakkan setaraf dengan pembangkang?

Mungkin bagi mereka menyelamatkan ‘tengkuk’ masing-masing lebih utama daripada membela Presiden dan rakan-rakan lain yang menerima peruntukan sebanyak itu. Memalukan bagi sebuah parti jika ahli parti tidak menunjukkan solidariti kebersamaan di kala rakan lain ‘dibuli’.

NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI DIPUJI RAKYAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker