BEBAS COVID-19 – ROY BERSYUKUR, TERHARU DOA YANG DITERIMA

“Alhamdulillah, saya sudah keluar hospital dan bebas COVID-19 tahap empat. Sebelum ini, saya berada tahap kedua yang bahaya, selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelah kiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat FB di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan saya.

“Saya terharu atas doa ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka,” demikianlah tulis penyanyi Roy, 57, yang meluahkan rasa syukur apabila disahkan bebas positif COVID-19, semalam selepas seminggu dirawat dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menurut penyanyi lagu ‘Kau Ratnaku’, pengalaman bergelar pesakit COVID-19 membuka matanya untuk lebih menghargai kesihatan.

“Saya sudah rasa dan hampir putus nyawa. Perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dan di mana mana. Justeru, saya harap anda semua dapat menjaga diri sebaik mungkin supaya tidak dijangkiti. Jika dijangkiti, ia mendatangkan masalah yang besar. Saya panjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” luahnya.

Selain Roy, isteri, dua cahaya mata dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif COVID-19, minggu lalu.

Leave a Reply