Ayda Jebat, Suami Umum Jantina Kandungan

 

SELEPAS beberapa kali berteka-teki mengenai jantina anak dalam kandungan, penyanyi, Ayda Jebat dan suaminya, pengacara Nabil Mahir akhirnya membuka rahsia kepada keluarga, peminat dan teman media.

Bakal menimang cahaya mata perempuan pada hujung September nanti, Ayda berkata, dia akan melalui proses bersalin secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta.

Pengumuman itu dibuat dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka kira-kira jam 9 malam, Jumaat.

“Syukur semuanya dalam keadaan baik dan saya juga mendapat sokongan dan kasih sayang sepenuhnya dari Nabil serta keluarga.

“Saya sudah bersedia dan Insya-Allah semuanya akan selamat serta mohon doakan buat saya,” ujarnya.

Nabil berkata, dia dan Ayda sentiasa berjaga-jaga sebelum ini bagi memastikan rahsia jantina anak mereka tidak diketahui keluarga sebelum masanya.

“Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang dan kami berjaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua termasuk keluarga.

“Takut juga kalau ‘kantoi’ sehinggakan kalau beli barang bayi, kami pastikan ia disimpan sebaiknya supaya tidak diketahui,” jelasnya.

Tambah Nabil, mereka masih belum memilih nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan, namun sudah ada beberapa senarai.

“Saya mahu nama anak saya ada makna yang baik kerana panggilan itu satu doa,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

sinar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker