DEMI MOHON KEBENARAN SHOOTING – FAUZIAH NAWI SANGGUP JUMPA AGONG, PM

Susulan hantaran dimuat naik di Facebook yang menyuarakan hasrat untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, pelakon veteran iaitu Fauziah Nawi mengakui beliau bersedia dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.

Fauziah ketika dihubungi berkata, hantaran itu ditulis sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak dengan niat untuk membela nasib semua anak seni dari pelbagai cabang.

“Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni. Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis.

“Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau PM (Perdana Menteri). Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan ‘tag’ Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak marah, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan,” katanya.



Tambah Fauziah, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januri lalu, semua drama dan telefilem membabitkan dirinya ditangguh.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran.

“Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang ‘nazak’ dari segi kewangan.



“Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, Insya Allah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggungan. Apatah lagi orang lain.

“Macam saya, semua ‘job’ terpaksa ditangguhkan termasuk beberapa projek teater di bawah syarikat saya. Nak buat secara dalam talian bukan mudah. Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat,” ujarnya.

SUDAH PKP KALI KEDUA – OGY DIDAKWA MASIH BELUM BAYAR HUTANG?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker