Kuwait larang kemasukan warga asing dua minggu bendung COVID-19

04/02/2021 03:24 PM

KUWAIT, 4 Feb — Kuwait pada Rabu mengumumkan larangan kepada warga asing memasuki negara ini selama dua minggu bermula 7 Februari sebagai langkah membendung penyebaran COVID-19.

Rakyat Kuwait termasuk saudara-mara terdekat seperti ibu bapa dan anak-anak serta pembantu rumah mereka dikecualikan, tetapi perlu menjalani kuarantin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Majlis Menteri Kuwait.



Semua aktiviti komersial kecuali farmasi, penjualan peralatan penjagaan kesihatan dan kedai runcit perlu menutup operasi antara 8 malam dan 5 pagi, termasuk restoran, tetapi perkhidmatan bawa pulang dibenarkan.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Menurut data rasmi, jumlah kematian mencecah 961 orang dan kes keseluruhan sebanyak 167,410.

Thailand larang perhimpunan awam di kawasan COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button