Mahkamah Tinggi PBB miliki bidang kuasa putuskan kes sekatan AS terhadap Iran

04/02/2021 12:35 PM

ANKARA, 4 Feb – Mahkamah Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu berkata ia mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan permohonan Iran bagi membatalkan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan semasa pemerintahan bekas Presiden Donald Trump.

“Mahkamah mendapati bahawa ia memiliki bidang kuasa – Perjanjian Damai, Hubungan Ekonomi dan Hak Konsular 1955 – untuk memenuhi tuntutan dikemukakan Iran pada 16 Julai 2018 dan tuntutan itu boleh diterima,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Iran tiga tahun lalu memohon ICJ mengeluarkan perintah supaya AS menarik balik sekatan terhadap Tehran.

Tuntutan itu mempertikaikan keputusan pentadbiran Trump yang didapati melanggar Perjanjian Damai 1955 antara Tehran dan Washington.

Namun, Washington menegaskan ICJ tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan AS untuk membatalkan sekatan.

Keputusan akhir oleh mahkamah mengenai konflik itu boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Menteri Luar Iran Javad Zarif menyambut baik keputusan ICJ dan menyifatkan ia “satu lagi kemenangan sah bagi Iran.”

“ICJ baru saja menolak semua bantahan awal AS dalam kes yang dikemukakan Iran terhadap sekatan AS yang tidak sah,” tweet Zarif, mendesak “AS untuk memenuhi kewajiban antarabangsanya.”

Pentadbiran Trump mengenakan semula sekatan ekonomi dan menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA), atau dikenali perjanjian nuklear Iran, yang disepakati lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta Jerman dan Iran.

Kesepakatan itu menyaksikan Tehran perlu mematuhi had dan pemeriksaan terhadap program nuklearnya sebagai pertukaran untuk penamatan sekatan bernilai berbilion dolar.

Semua rakyat Iran dijangka terima suntikan vaksin COVID-19 menjelang musim sejuk 2022

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker