Muhyiddin bertemu Jokowi

05/02/2021 12:27 PM

Oleh Jamaluddin Muhammad

JAKARTA, 5 Feb — Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengadakan perbincangan empat mata di istana presiden, Istana Merdeka, di sini pada Jumaat.

Mesyuarat bermula pada pukul 10.50 pagi (11.50 pagi waktu Malaysia) dan dijadual berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Antara isu yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai masalah berkaitan diskriminasi minyak sawit, jerebu, pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik dan kerjasama dalam menangani pandemik COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker