PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan

04/02/2021 10:26 PM

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Mat [email protected] Salahuddin Che Ali merupakan antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa pada 8 Mac depan.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru dalam kenyataan berkata Mat Zani dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Mat Zani menggantikan SAC Lukas Anak Aket yang akan memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

“Turut ditukarkan ialah Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju dengan memangku pangkat Supt,” katanya.

Ketua Cawangan Khas Cameron Highlands ASP Mohd Shamsuri Mohd Nor akan menjawat Ketua Polis Daerah Cameron Highlands dengan memangku pangkat DSP.

Pertukaran turut melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil KLIA, ASP Hazri Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Rembau dengan memangku pangkat DSP.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *