Rakyat Telah Mencuba Kerajaan PH PPBM- Namun BN juga Yang Terbaik

Percaturan  politik sebilangan anak muda dan pejawat awam dalam menentukan kepimpinan Negara pada PRU 14 yang lalu kini sudah hancur berkecai. Sebuah kerajaan yang yang diharapkan lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional sebelum ini hanya dilihat seperti mengejar pelangi.

Kesengsaraan rakyat bukan lagi hanya percakapan politik semata, namun ianya adalah reality semenjak bertukarnya sebuah kerajaan yang dahulunya amat makmur dan menitik beratkan permasalahan rakyat.

Apabila pengundi telah membuat keputusan dan memilih kapitalis sebagai peneraju Negara, secara langsungnya  mereka memilih segerombolan jeruang- jerung politik yang amat ganas dalam melihat keuntungan sebagai dasar perjuangan mereka.



Bermula dengan pelbagai sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kapitalis pimpinan Mahathir dan Guan Eng, rakyat mula terasa bahangnya kepanansan dasar pentadbiran baharu yang dilaksanakan. Kenaikan harga barang, kenaikan cukai, penjualan asset Negara dilaksankan tanpa belas kasihan terhadap rakyat.

22 bulan Negara telah diratah dengan pelbagai karenah penipuan, pembohongan, manipulasi fakta dan  menidakkan apa yang terkandung dalamRukun Negara. Rakyat dalam Negara ini dihidangkan dengan celotehan hutang Negara dan penambahan hutang yang dilakukan oleh Menteri Kewanagan ketika itu.

Derita rakyat tidak habis disitu, Negara dilanda wabak covid 19 yang  kini menular disetiap ceruk dan kampong. Rakyat dikekang segala aktivitinya. Penurunan ekonomi setempat menjunam  dengan amat ketara.

Kini Malaysia sedang melaksanakan PKP 2.0 yang kelihatannya berskala besar angka yang diumumkan. Rakyat? Terpaksa menelan segalanya dengan segala kekurangan, ada yang kehilangan punca pendapatan dan juga ada yang sanggup menyelongkar tong sampah untuk makan.



Kerajaan apakah yang dipilih oleh anak muda sewaktu dahulu? Adakah ini sebuah kerajaan yang mereka inginkan? Ini lah akibatnya apabila berpolitik dengan hanya menggunakan persepsi dan akhirnya sebuah Negara yang makmur tumbang.

Berkaitan covid 19 pula Institut Kesihatan Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan telah membuat jangkaanke4s yang akan menular akan mencatatkan peningkatan. Jika jangkaan ini  disemak semula terbukti tepat, Maka satu lagi bala atau malapetaka akan  dihadapi oleh rakyat.

Malaysia bakal mencatatkan 8,000 kes baharu Covid-19 setiap hari menjelang minggu pertama bulan Mac, dan 10,000 kes sehari menjelang minggu kedua Mac akibat kadar jangkitan yang lebih tinggi.

Pada masa itu, jumlah kes terkumpul dalam negara akan melepasi paras 400,000 kes menjelang minggu kedua Mac, dan kita akan menjadi dalam kalangan 40 negara dengan jumlah kes tertinggi di seluruh dunia.



Malaysia akan mencatatkan satu  sejarah hitam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin kini telah hilang majority akan meletakkan Negara ditangga kedudukan 45 daripada 80 buah Negara.

Prestasi yang amat teruk bagi seorang Perdana Menteri yang hanya “Bijak bercakap”  serta gagal menjalankan tanggingjawabnya sebagai seorang pemimpin Negara.

Amat tepat sekali apabila dalam perutusannya bahawa beliau akan “menegakkan kedaulatan negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia”. Kini sudah terbukti hasil usahanya dimana  Malaysia kini sudah ketinggalan dalam ekonomi, Kejatuhan rating, pengangguran, kemiskinan dan rasuah.



Rakyat sudah menunjukkan penyesalan mereka, rakyat sudah menunjukkan kebencian mereka, rata rata rakyat hilang kepercayaan kepada seorang Perdana Menteri yang bernama Muhyiddin Yassin dan hanya menunggu masa untuk menghukumnya.

Rakyat terasa dianaktirikan sepenuhnya oleh Muhyiddin Yassin dan apa yang mereka harapkan dari kerajaan yang mereka pilih telah hancur berkecai apabila rakyat melihat layanan berbeza dalam pelaksanaan SOP Covid-19.

Rakyat dihukum kerana mahu membeli makanan, rakyat dihukum hanya kerana mahu mencari rezeki dan dikenakan saman apabila melanggar SOP PKP. Namun ianya berlaku sebaliknya apabila  para menteri Perikatan Nasional dan golongan VIP boleh melanggar SOP tanpa sebarang akibat dan tindakan.

Kesimpulannya, bahawa kita sedang mengundur 20 tahun kebelakang akibat meletakkan bukan pemimpin sebenar dalam  menerajui Negara. Apa daya kita sekarang dengan asset Negara yang semakin mengecil nilainya susulan jualan lelong dilaksanakan oleh pemimpin PH selama 22 bulan.



Bagaimana nasib rakyat 10 tahun akan datang jika  inilah coroak pemimpin yang dipilih. Apakah Malaysia akan tersenarai sebagai sebuah Negara yang miskin. Oleh itu sebagai pengajaran sikap pengundi pada PRU 14 yang lalu , maka tebuslah kesilapan anda pada PRU15 akan datang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button